Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 14, 2010

Wacana Ilmu Bersama Professor Tariq Ramadan

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 14, 2010
Professor Tariq Ramadan diletakkan oleh Time Magazine sebagai salah seorang dari 100 inovator hebat abad ke 21. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kalau beliau lahir dan belajar serta tinggal di tanah tempat asal ayahnya, sudah tentu dia di panggil Sheikh Tariq Ramadan dan bukan sekadar Profesor Tariq Ramadan. Sila baca di sini biodata beliau di wikipedia.

Isnin baru-baru ini beliau telah dijemput oleh ISTAC memberikan satu kuliah berkenaan "Liberty In Islam". Beliau berucap menyatakan pendapatnya menyentuh tentang kebebasan dalam Islam. Menarik sekali ucapannya membawa pendengar setingkat demi setingkat dalam membawa hujah serta definisi ke arah apa yang nak di sampaikannya.


Apa yang dapat saya rumuskan dalam satu ayat mengenai ucapan tersebut adalah, 'kebebasan sentiasa datang bersama pasangannya iaitu tanggungjawab'.

Satu perkara yang amat menarik yang saya rasa perlu dikongsi disini adalah ucapannya berkenaan ilmu. Beliau menekankan bahawa berdirinya didepan bukanlah untuk melatih burung kakak tua bercakap. Begitulah juga semua guru dan ulama serta pelajar perlu mengambil sikap memainkan peranan mereka di dalam institusi keilmuan di dalam Islam.

Samada kita mengakui atau tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya di dalam urusan kita menuntut ilmu terutamanya ilmu agama di negara kita. Kita diajar mengulang segala apa yang diperturunkan sebiji rupa sebagaimana yang telah dirumuskan oleh guru kita.

Jika sesuatu isu atau fatwa itu di sampaikan oleh guru kita dengan nada marah sambil terbeliak mata, maka sedar atau tidak kita juga akan turut merakamkan benda serta aksi yang sama dan memainkannya semula apabila di berikan kesempatan bercakap.

Kita perlu sedar bahawa tradisi keilmuan islam yang diperturunkan oleh para ulama islam terdahulu sentiasa disertakan dengan hujah atau lampiran bagaimana mereka merumuskan sesuatu keputusan atau hukum.

Bagi pelajar perkara pokok yang paling penting untuk dikaji serta dibahaskan adalah penghujahan atau lampiran yang membawa kepada rumusan tersebut, bukanlah menelan rumusan atau hukum yang diberikan bulat-bulat. Barulah kita dikatakan menggunakan kelebihan akal dengan betul dalam menjalani kehidupan meningkatkan tradisi keilmuan mengharungi kehidupan di dunia ini. Wallahu'alam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Wacana Ilmu Bersama Professor Tariq Ramadan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !