Wednesday, 11 August 2010

Jalanraya Bawah Sungai !

Posted by   on

Ali, pemandu teksi (depan sekali) rakyat tempatan yang
menunjukkan jalan ajaib kepada kami ketika kami
menyewa teksinya ke Kota Kinabalu
Pernahkan anda melihat sebuah jambatan yang dibina di bawah sungai?. Tentu sukar untuk membayangkannya kerana kebiasaannya jambatan dibina di atas bagi melintasi sebatang sungai. Tetapi inilah yang berlaku di pendalaman Sabah, jalanraya dibina betul-betul melintasi sebatang sungai dengan air mengalir sepanjang waktu di atasnya.

Saya tertanya-tanya adakah cara pembinaan tersebut mengikut spesifikasi dari Jabatan Kerja Raya atau tidak, jika ada spesifikasinya, saya teringin nak tengaok samada mereka ada mengkaji berapa lama jambatan bawah sungai itu akan tahan, begitu juga apa kata Jabatan Alam Sekitar terhadap kesan sungai yang tersekat oleh jalanraya dan mengalir melintasi binaan tersebut.

Adakah ini merupakan projek segera pemerintah sekadar melepaskan batuk di tangga? Siapa yang untung dalam pembinaan jambatan itu agaknya???

Kenderaan terpaksa berhati-hati sebaik sahaja melintasi kawasan ini.
Nasib baik pemandu teksi cekap dengan keadaan jalan dan tahu di mana
lubang di mana rata.
Kalau orang tak tahu keadaan jalan ini, kelajuan yang sedikit sahaja mampu
menghumban mereka ke dalam sungai.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter