Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 29, 2011

5 Orang Hebat Yang Bernama Adolf

  Mohd Shubhi       Saturday, January 29, 2011
Ini semua orang kenal
Sebut saja nama Adolf Hitler semua akan mengenalinya seorang pemimpin tentera Nazi yang bercita-cita menakhluki dunia sehingga tercetusnya peperangan dunia ke 2. Selepas tamat perang tersebut nama itu menjadi tidak popular akibat daripada imej buruk yang telah ditonjolkan oleh dunia kepada seorang yang bernama Adolf.

Tahukah anda selain daripada Adolf Hitler, terdapat banyak lagi nama-nama besar lain yang tidak kurang hebatnya dalam bidang masing-masing yang juga membawa nama Adolh. Saya senaraikan 5 individu tersebut sebagai maklumat yang menarik untuk diketahui.


5. Adolf Bastian. Merupakan seorang pakar dalam bidang ethnologi (bangsa-bangsa) dan juga  anthropologi (kemanusiaan). Banyak buku-bukunya menjadi rujukan skarang ini hasil dari kajiannya yang mendalam melalui perjalanan ke serata tempat terutamanya di asia tengah, afrika dan lain-lain.

4. Adolf Andersson. Merupakan seorang juara permainan chess yang palig hebat dalam tahun 1850 sehingga 1860. Dia menggondol lebih separuh daripa da kesemua pertandingan chess di seluruh eropah pada zaman itu. Dia terkenal dengan teknik serangan melalui pengorbanan untuk membawa kepada kemenangan. Sebenarnya dia merupakan pelopor pejuang berani mati dalam permainan chess.

3. Adolf Freiherr Knigge (Freiherr adalah gelaran pangkat dalam Jerman yang sama seperti "Baron". Dia merupakan seorang ahli Freemason dan juga seorang penulis yang paling terkenal di Jerman. Semua rakyat Jerman akan mengenali beliau hasil daripada sebuah buku tulisannya yang amat terkenal sehingga sekarang iaitu "On Human Relation" sebuah kajian dan penulisan mengenai  sosiologi dan juga falsafah perhubunhan kemanusiaan. Buku tersebut memberikan garis panduan tentang kesopanan, budi perangai dan juga akhlak. Hebatnya penulisannya dalah bidang itu sehingga lahir perkataan dalam bahasa Jerman yang mengambil sempena namanya Knigge yang membawa maksud perangai yang baik.  


2. Adolf Von Manzel. Dia merupakan seorang ahli seni yang paling berjaya pada abad ke 19 di Jerman. Bidang kemahirannya adalah dalam seni ukiran kayu. Sehingga sekarang hampir semua hasil seninya yang amat bernilai dipamerkan di Muzium Berlin

1. Adolf Dassler. Beliau lebih di kenali sebagai Adi Dassler, seorang yang amat gilakan sukan. Dilahirkan dalam sebuah keluarga pembuat kasut, maka tidak hairanlah dia juga berakhir dengan menjadi seorang pembuat kasut. Cuma denga gabungan minatnya yang amat mendalam dalam sukan membuatkannya berazam untuk mengeluarkan kasut khas untuk ahli sukan. Dia mula membuat kasut di dapur rumah ibunya dengan dibantu oleh abangnya yang bernama Rudolf.

Dari situ mereka akhirnya menubuhkan syarikat yang diberi nama Dassler Brothers Shoe Factory sehinggalah kasut mereka dikenali ramai sehingga ke pasaran antara bangsa. Beliau telah berpisah dengan abangnya Rudolf setelah tidak sehaluan dan abangnya keluar membina perniagaannya sendiri yang sekarang dikenali dengan jenama PUMA.

Adi Dassler meneruskan perniagaannya dan tentu anda dapat agak apakah jenama kasut sukannya, ya! ADIDAS, iaitu ringkasan dari namanya Adi Dassler.

Selain dari mereka di atas ada lagi 5 orang yang hebat-hebat...anda carilah sendiri...kalu nak tahu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 Orang Hebat Yang Bernama Adolf

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !