Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 4, 2011

Kampung Kuantan - Taman Kelip-Kelip

  Mohd Shubhi       Friday, February 4, 2011
Pintu masuk ke Taman Kelip-Kelip. Ini contoh gambar amatur yang sering
terpengaruh untuk masukkan sebanyak mungkin apa yang dilihat dalam
photo. Selepas ambil dan review kat rumah baru perasan. Mungkin jika
ambil signboard dan dinding sahaja mencukupi untuk bahan cerita.
Dah lama dengar cerita mengenai taman kelip-kelip di Kuala Selangor selama ini, tapi tak pernah cuba pergi tengok apa ada di sana. Cuti tahun baru cina kali ini elok juga pergi tinjau kat sana daripada balik kampung dan turut menyumbang kesesakan lebuh raya.

Kalau dari Puchong nak ke sana ada banyak jalan satu melalui Klang dan terus ke arah Kuala Selangor. Satu jalan lagi ikut Puncak Alam dan ke Kuala Selangor melalui Ijok, jalan ini yang saya ambil untuk pergi.


Ada Masjid sebelah taman. Mudah utk
solat magrib sebelum naik sampan
menyusuri sungai yang hanya dibuka
selepas magrib.
Dari Puncak Alam melalui Ijok jaraknya lebih kurang 40 km, jauh juga tu, tapi suasana jalan yang melalui kampung dan pekan serta estet menghilangkan rasa lama dan jemu memandu. Ditambah pula dengan kereta yang tak banyak, pemanduan menjadi leka dan sedar-sedar dah sampai kat simpang yang menunjukkan arah ke kampung Kuantan.

Misi yang paling utama sebenarnya nak pergi ambil gambar. Kali nak cuba praktis konsep yang baru dibaca dalam sebuah buku photography mengenai garis panduan mengambil gambar yang baik. Tekniknya mudah sahaja.

  1. Fill-up the frame.
  2. Make it simple
Bila baca garis panduan di atas rasa macam amat mudah seumpama makan kacang, bila sampai di lokasi puas melilau tak jumpa idea gambar macam mana nak ambil untuk terjemahkan maksud di atas. Memang betul kata orang, bahagian yang paling sukar sekalai dalam dunia photography adalah bahagian komposisi.

Taman permainan juga ada tersedia di
sebelah deretan gerai jualan.
Sehebat dan semahal manapun kamera yang kita miliki ia hanya membantu mungkin sekadar 10% sahaja bagi menghasilkan gambar yang baik, selebihnya bergantung kepada skill mata jurugambar melihat dan merakam. Patutlah saya lihat juruphoto pro. masih tetap menghasilkan gampar yang cukup hebat walau hanya dengan menggunakan kamera handphone.

Gerai ringkas menjual kuig tradisional, snack dan
minuman
Walau bagaimanapun saya belasah juga ambil beberapa gambar untuk tatapan dan bahan uji. 

Kelip-kelip penuh di sepanjang sungai ini pada waktu malam.

Jeti tempat naik sampan. Kelihatan pengayuh sampan sedang melepak
tunggu pelanggan. Mereka merupakan warga tempatan.
Pegusaha sampan sedang menyusun dan menyediakan sampan-sampannya
Suasana kampun terasa dengan keriuhan kicauan burung di Kampung Kuantan

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kampung Kuantan - Taman Kelip-Kelip

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. kg kuantan memang sgt menarik...cahaya kelip2 pd waktu mlm memang cantik...x ubah seperti pokok krismas...projek akhir kami di kg kuantan...kami jurusan diploma pngurusan pelancongan...follow lah blog kami dan juga facebook..Kelipkelip Kg Kuantan
    http://www.facebook.com/pages/Kg-Kuantan-Keep-Us-Glowing/185024201523799
    please LIKE our page..support our local comunity n tourism industry...
    http://masterpiece-kgkuantan.blogspot.com/
    be our blog followers..Kg Kuantan Kuala Selangor Firefly.....KEEP US GLOWING..so Amazing..
    thank you..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !