Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 25, 2011

Kampung Sg Sireh, Klang

  Mohd Shubhi       Friday, February 25, 2011
Terletak berhampiran Kampung Delek di Klang. Sungai Klang menjadi sumber pencarian bagi para nelayan di sini. Banyak saya dengar berkenaan masalah sosial penduduk di persekitaran sini yang rata-ratanya adalah mereka yang berpendapatan rendah, tinggal di flat dan dihantui oleh seribu satu masalah kehidupan.


Jeti nelayan
Sungai yang menjadi sumber mencari rezki mereka yang sepatutnya amat indah sekali kelihatan amat tercemar dengan berbagai bahan buangan. Siapa tak kenal Sungai Klang. Ia amat sinonim dengan pencemaran yang seluruh negara mengetahuinya.

Sampah dan kotoran terapung sepanjang sungai membunuh
pemandangan yang indah
Kebetulan ketikan saya pergi ke Kampung Sg Sireh tempoh hari, air laut surut dan menampakkan kesan-kesan minyak melekat pada selut, tunggul kayu, dan pokok-pokok sepanjang sungai. Jumlah sampah yang terapung tak payah nak cakaplah. Hanya ikan-ikan yang benar-benar dari jenis kacukan hero tahan lasak sahaja yang mampu menghuni di dalam sungai tersebut.

Minyak bertompo pada selut dan sampah tersangkut
merata-rata.
Apa yang kita saksikan di sana merupakan jelmaan kerakusan manusia yang mengejar keuntungan dunia yang sementara. Para pengamal industri perkilangan yang bertaburan banyak di sepanjang pantai di Klang sudah tentu memahami maksud saya. Mereka tentu boleh menjawab dari mana datangnya longgokan minyak yang bertampuk sepanjang pantai dan juga muara sungai klang.

Rendahnya tahap kesedaran dan jiwa yang kasar juga banyak membantu manusia tanpa rasa bersalah menghumban jutaan sampah, tong, plastik, bangkai binatang, manusia, kenderaan dan sebagainya ke dalam sungai. Keindahan bumi ciptaan Allah disia-siakan oleh penduduknya sendiri. Bumi dihampar untuk kemudahan manusia. Manusia juga diamanahkan memeliharanya untuk kebaikan mereka sendiri, tapi malangnya semuanya dimusnahkannya.

Jika sungai Klang dapat dipulihkan, saya yakin seluruh penduduk Selangor bakal menjadi warga masyarakat yang bertamadun yang paling maju di bumi Malaysia ini. Jika setakat mengharapkan pihak berkewajiban sahaja melakukan sesuatu, alamat sungai klang akan tinggal longgokan sampah dan bangkai.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kampung Sg Sireh, Klang

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. sharif ramli - Saya nak tambah sikit tentang berita ini,kebetulan saya pergi mem
    ancing ikan dan berhenti di kampung itu.Ketika didalam boat saya
    mengambil kesempatan berbual denga budak yang menolong
    tuan punya boat. Saya bertanya sama ada dia maseh bersekolah.
    Dia pun bercerita, saya berhenti sekolah semasa tingkan 3. Saya
    ada 3 orang adek beradek dan ibu nya isteri kedua.Sekarang ayah
    nya tidak pernah balik.Emak nya balik sekali sekali dan ashik
    tidur rumak kawan.Ayah dan emak nya belum bercerai tetapi
    duduk tidak sebumbong.Maka dia lah menjaga adek adek nya
    dan menyekolahkan mereka.Waktu tidak kelaut dia menolong
    tauke nya pungut kelapa dan begitu lah seterusnya.Kini kata nya
    adek nya sudah mula berkawan dengan orang jahat.Oleh kerana
    kami dah nak sampai saya menasihatkan dia supaya menjaga
    adek adek dendan baik, bersabar dan jangan tinggal sembahyang.
    Dia berterima kaseh dan menyambung, sejak umur saya 12 tahun
    saya beli baju RAYA sendiri.esedihan nya terpapar di raut wajah
    nya.Semoga Allah memberi nya taufik dan hidayah,amin.Edit23:07DeleteUndo deleteReport spamNot spam

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !