Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 4, 2011

10 Petua Kasi Bateri Kamera Tahan Lama

  Mohd Shubhi       Friday, March 4, 2011
Bateri kamera amat penting untuk membolehkan kamera yang anda pegang berfungsi. Amat mengecewakan jika anda mahu mengambil gambar yang amat penting tiba-tiba penunjuk bateri berkelip-kelip menandakan bateri lemah.

Berikut beberapa petua untuk menjaga leupayaan bateri yang maksimum:

  1. Jika kamera anda mempunyai 'viewfinder', gunakan ia untuk frame gambar. Jangan gunakan skrin LCD kerana ia kuat makan bateri.
  2. Elakkan guna flash pada kamera sedaya mungkin, flash banyak makan kuasa bateri. Kadangkala flash perlu untuk menghasilkan gambar yang baik, tapi jadikan ia pilihan yang terakhir.
  3. Jangan kerap melihat gambar yang diambil dari skrin LCD ketika berada diluar, ia melemahkan kuasa bateri dengan cepat dan mengurangkan jumlah gambar yang dapat diambil. Lihat gambar semua selepas dimasukkan dalam komputer.
  4. Setting "sleep mode active" apabila kamera tidak digunakan dalam tempoh 15 ke 30 saat. Ia agak menggangu tetapi amat baik untuk keupayaan bateri anda.
  5. Kurangkan kecerahan skrin LCD serendah mungkin. Skrin LCD yang amat terang kuat makan kuasa bateri. Kontrol LCD 'brightness'.
  6. Jika kamera boleh digunakan dengan kuasa yang disambung dari luar seperti plug letrik, gunakan ia.
  7. Pengeluar kamera sering dakwa kehebatan bataeri anda dapat bertahan lama dengan jumlah klik yang banyak. jangan percaya!, jika ia mampu mencapai hanya 75% sahaja sudah cukup baik.
  8. Dengan teknologi bateri terkini, jangan terpengaruh kepercayaan bahawa bataeri anda dapat bertahan lama jika digunakan sampai habis kuasa. Recharge bateri anda apabila ia mulai lemah. jangan biarkan ia habis terus tanpa gunakannya. Ia tak mendatangkan apa-apa kesan terhadap jangka hayat bateri anda. Jangkahayat bateri bergantung kepada lama mana ia direcharge semula dan juga durasi masa jangkahayatnya. Apabila sampai masanya ia pasti akan lemah walaupun anda tidak pernah menggunakannya. jadi gunakan ia sebaik mungkin.
  9. Jangan asyik on/off kamera dengan kerap. Kuasa yang digunakan amat tinggi untuk itu dan cepat melemahkan bateri anda. Sebaliknya gunakan sleep mode yang saya sebutkan di atas. On/off 10 kali bakal mengurangkan kuasa bateri anda sebanyak 1 minit.
  10. Akhir sekali, bateri terpakai lambat laun tentu lemah. Jika anda banyak menggunakan kamera pastikan anda beli extra bateri dan charge penuh bateri tersebut sebagai 'backup'.
Amalkan semua 10 petua di atas untuk kegunaan bateri yang maksimum. Selamat mencuba.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 Petua Kasi Bateri Kamera Tahan Lama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !