Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 7, 2011

Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal 6

  Mohd Shubhi       Monday, March 7, 2011
Dah pukul 12.44 sekarang. Masih tak tidur lagi layari internet. Kebetulan line broadband ok di sebelah Johor ni, bolehlah post gambar lebih sikit. Esok kapal akan bertolak menuju ke Pulau Sapi melalui perairan antara bangsa. Kapal perlu lintas ke seberang sana berhampiran Sumatera untuk meneruskan perjalanan. Entah boleh dapat signal atau tidak tak taulah!.

Masuk hari kedua ni baru faham apa yang selalu disebutkan kapten. Kalau rasa semak dada banyak masalah kat darat, naik kapal ke laut hilang semuanya ditinggalkan di darat. Saya cuba nak fikirkan pasal niaga yang terpaksa ditinggalkan di darat, tapi tak pernah boleh layan lebih dari 5 saat, ia hilang begitu saja. Fikiran hanyut tak fikirkan apa-apa. Asyik melihat suasana sekeliling dan leka dibuai angin laut.

Betul kata kapten, bukan buat-buat, tapi memang tak berjaya beri tumpuan untuk fikirkan masalah di darat. Nasib baik saya ada banyak bawa buku untuk dibaca, jadi masa dapat digunakan dengan lebih berfaedah daripada termenung dan mundar mandir sekeliling kapal.

Tengok berita di tv tadi dapat tahu BNmenang besar di kedua-dua tempat di Merlimau dan juga di kerdau. Menjadikan kedudukan antara BN dan PR seri 8 sama. Sejak Pru-12 pada 2008 dahulu telah ada 18 PRK. Mula-mula PR nampak garang belasah BN liau-liau kata orang hokkien.

Sebagaimana yang digenburkan oleh media BN, rakyat telah kembali menyokong mereka. Dengan kemenangan terakhir ini, mereka semakin mendabik dada dan yakin mampu membelasah PR jika PRU-13 diadakan pada bila-bila masa. Adakah trend PRU akan berkekalan, setiap kali kalah teruk, BN akan kembali dengan menang besar pada PRU yang berikutnya. Sama-sama kita tunggu nanti.

Tadi sempat saya baca sepintas lalu ada NGO yang menuntut buku Interlok tidak dihidangkan kepada para pelajar atas alasan ia bertentangan dengan agama Islam, ia bakal merosakkan pelajar sekolah jika mereka membaca buku tersebut.

Mungkin ada kebenarannya jika apa yang budak-budak baca mereka ambilnya menjadi pegangan hidup. Kalau ada asas agama dan berilmu mungkin apa yang dihidangkan dalam buku tersebut sebenarnya bakal menjadi bahan lucu. Tentu ramai yang terkejut dengan kepercayaan orang melayu dahulu pada bomoh.

Entahlah apa nak jadi dengan masyarakat kita. Dalam hal buku, ramai pulak yang bangun tentang, mereka memang tak suka rakyat membaca agaknya. Oklah masa dah nak tamat. Jumpa lagi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal 6

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !