Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 9, 2011

Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal - Ke Pulau Sibu

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 9, 2011
Solat subuh berjemaah di Tanjung Piai

Hari ke 3 seperti biasa dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Selesai bersolat perjalanan dimulakan menuju ke Pulau Sibu. Kami bertolak dari Tanjung Piai di kawasan perairan Johor menuju ke kawasan perairan Singapura.
Pemandangan Singapura dari kapal
Selepas solat subuh saya menyambung tidur untuk mengelakkan diri dari lapar mencium bau sarapan pagi. Saya bertekad untuk berpuasa sunat isnin juga walaupun dalam musafir belayar ini. Mahu rasa bagaimana berpuasa dalam keadaan belayar.

Bangunan unik yang ada kapal dipuncak bangunan. Ini
merupakan pusat perjudian terkenal di Singapura.
Memang agak mencabar berpuasa dalam kapal. Kepala terasa berat sakit akibat dari kekurangan air. Bersantai di atas dek kapal merasa dipukul angin sejuk mengubat sedikit rasa sakit tersebut.  Saya tahu kalau saya tidur semua pening akan hilang, tapi kerana mahu rakamkan gambar suasana perairan di Singapura, saya tahan juga.
Kapal tentera
Kapal di sepanjang perjalanan kami melalui Singapura memang banyak sungguh. Salah seorang krew kapal melucukan saya apabila dia merunggut perlahan dengan berkata “rasa overdose” dengan kapal yang terlalu banyak. Saya dapat bayangkan betapa muak mula terasa apabila sekeliling hanya dipenuhi oleh air laut dan kapal-kapal besar.
Nasi ayam menggugat puasa !
Pihak berkuasa maritime Singapura nampak amat tegas dengan kerja mereka. Bot-bot laju polis laut mereka sentiasa meronda ke sana-sini di celah-celah kapal-kapal yang besar. Banyak bot tersebut secara sistematik memantau keadaan perairan mereka. Kapten menerangkan mereka akan menghampiri kapal yang masuk secara semberono ke situ dengan pantas dan menghalaunya keluar ke lebuhraya laut.
Ayam siap masak dengan sambal, lazat !
Kapal tentera mereka juga sentiasa meronda. Kami terlihat sebuah kapal selam dan sebuah kapal perang amerika sedang berada di kawasan tersebut. Mungkin mereka sedang melakukan latihan. Kelihatan askar laut mereka berada di atas kapal selam tersebut. Mungkin berlatih.
Tukang masak menyediakan masakan nasi ayam hari ini. Nampak terlalu sedap. Mungkin faktor puasa menggoda hebat bau harum semerbak nasi ayam. Oleh kerana tak dapat makan saya hanya mengambil gambar melepaskan geram. Kapten memesan agar menyimpan sepinggan untuk saya berbuka puasa magrib nanti.
Masuk magrib saya terus berbuka dengan makan nasi ayam. Memang sedap, enak walaupun nasi dah agak keras dan sejuk. Alhamdulillah kenyang. Saya joint solat magrib dalam terhoyong haying. Kami solat ketika kapal masih lagi meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan tadi arus laut lebih bergeloran berbanding hari-hari lain.

Saya berada di saf belakang berhampiran dinding. Silap haribulan terlentang ke belakang masuk dalam laut. Keadaan terhoyong haying menambahkan pening saya. Tak pasti samada mabuk atau kesan puasa tadi. Walau apapun, saya gagahkan solat dan sebaik saja selesai terus masuk bilik untuk baringkan kepala menghilangkan rasa pening.

Cuaca hari ini agak muram dengan diselang selikan hujan. Kami sampai untuk berlabuh di pulau sibu agak lewat. Selepas insya barulah kapal berlabuh di satu kawasan tenang yang airnya hijau agak jernih dan tenang.  

Selain pulau sibu kelihatan pulau besar, pulau tinggi, pulau tengah, dan pulau mesirit, kelihatan juga dari jauh pulau tioman di kawasan kami berlabuh.

Ada  beberapa kelasi yang mula memancing tapi tak dapat ikan. Arus air terlalu deras kata mereka, umpan tak sempat jatuh ke dasar ditolak air tersebut.


Esok insyallah perjalanan akan di sambung lagi. Menuju ke Kuantan. Harap ada pemandangan indah yang dapat dirakamkan esok. Sambung esok.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Belayar Keliling Malaysia Dengan Kapal - Ke Pulau Sibu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !