Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 30, 2011

Anda Mungkin Makan Ubat Dari Bahan "BABI" Jika Anda Tak Baca Artikel Ini !!!

  Mohd Shubhi       Saturday, April 30, 2011
Ada berbagai istilah untuk Babi.
Bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber babi?. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang digunakan untuk perkataan 'babi' pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang dari 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (Jarang digunakan).

8. Sow Milk : Susu babi.


dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif".

Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. Sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda Mungkin Makan Ubat Dari Bahan "BABI" Jika Anda Tak Baca Artikel Ini !!!

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !