Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 25, 2011

Taman Pantai, Butterworth - Pantai Diganti Lebuhraya

  Mohd Shubhi       Monday, April 25, 2011
Nama Taman Pantai sudah tak sesuai.
Sebelum ini saya ada tulis kisah pondan yang cari makan di kawasan Pantai Road di Butterworth. Baca kat sini ceritanya.

Taman Pantai masih lagi ada sekarang tapi sudah tidak sesuai dengan namanya lagi. Kalau dulu taman tersebut terletak berdepan dengan pantai, tapi sekarang ini lebuhraya telah memisahkan taman tersebut dengan kawasan laut.

Duduk di kerusi taman kini tidak lagi untuk melihat pemandangan laut di hadapan kita, sebaliknya batu-bata dan jalan tar berserta dengan kebingitan kenderaan yang kita dapat.


Lebuhraya ini memisahkan taman dengan pantai.
Pada pagi ahad lalu saya pergi ke situ kelihatan beberapa orang apek yang duduk bersantai sambil berbual, mereka pengunjung tetap taman tersebut.

Lapangan tempat bermain kasut roda yang terkenal pada masa zaman hindustan "Bobby" dulu masih ada tapi tak ada orang yang menggunakannya lagi.

Banyak pemandangan serta suasana indah telah dikuburkan oleh jalanraya-jalanraya di Pulau Pinang. Mungkin ini harga yang perlu kita bayar atas nama pembangunan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Taman Pantai, Butterworth - Pantai Diganti Lebuhraya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !