Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 1, 2011

Bagaimana Muzik Buat Anda Berbelanja Lebih Di Pasaraya !

  Mohd Shubhi       Friday, April 1, 2011
Cuba amati lagu jenis apa yang dipasang.
Jika anda tinggal di kawasan bandar atau pekan-pekan besar anda tentu biasa membeli belah keperluan dapur anda di pasaraya.Sekarang ini pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Mydin, Carefour, Hero, dan yang seumpama dengannya bersepah di serata tempat.

Mereka merupakan pembunuh kepada industri kedai runcit negara kita. Kebanyakan kedai runcit di pekan-pekan banyak yang hidup segan mati tak mahu kerana ramai pelanggannya kena makan dek pasaraya besar yang menyerang negara kita.


Tambahan kalau di tempat anda ada Mydin, habis mampus kedai runcit lain. Pernah mak saya datang dari kampung ke KL terkejut melihat orang berpusu-pusu nak masuk pasaraya Mydin di KL. "Mydin tu beri barang percuma ka?" tanya mak pada saya. Bila dia masuk dalam pasaraya itu baru dia tahu betapa murahnya barang uang dijual di sana.

Dalam setiap pasaraya, anda tentu perasan yang ia sentiasa di pasang dengan lagu-lagu bagi menghiburkan para pengunjungnya. Tapi tahukah anda muzik yang dipasang tu ada maknanya, bukan saja-saja. Ada perkiraannya bagi mempengaruhi tabiat membeli para pengunjung.

Jika dalam waktu biasa di mana tak ramai orang yang masuk seperti waktu bekerja, setiap pasaraya akan memasang lagu yang berentak sentimental atau slow. Ia amat mendamaikan bagi telinga yang mendengarnya membuatkan anda terikut dengan rentak slow nya dan mula menolak troli dengan sentimental juga.

Lagu sentimental menusuk kalbu ini dipasang agar anda tidak tergesa-gesa dalam mendapatkan barangan anda. Anda akan lebih peka melihat dan membandingkan barang-barang yang ada.

Dari satu lorong ke satu lorong anda akan menolak troli dan sudah tentu banyak barangan yang tak dirancang dari awal masuk ke dalam troli anda. Secara tidak sengaja sedikit sebanyak anda akan terlebih beli kerana lama berada dalam pasaraya tersebut. Jadi hasil jualan pasaraya itu akan tetap banyak dan melonjak naik walaupun orang tak ramai.

Apabila datang waktu kemuncak di mana ramai orang yang terju masuk ke dalam pasaraya tersebut lagu yang rancak akan dipasang. Biasanya waktu cuti umum atau waktu lepas kerja ramai yang datang ke pasaraya.

Apabila musik atau lagu rancak dipasang, ia akan mempengaruhi kita menolak troli dengan cepat dan hanya menumpukan pada barangan yang nak kita beli. Kadangkala lorong yang tak ada barang yang kita mahu akan kita langkau untuk terus ke lorong yang ada barang kita.

Apabila semua yang ada bergerak pantas untuk menghabiskan pembelian mereka dan menuju ke kaunter pembayaran, maka kadar pusingan orang masuk dan keluar akan menjadi laju dan ini menambahkan jumlah orang ramai yang datang membeli di pasaraya tersebut. Maka bertimbun-timbunlah duit masuk ke peti simpanan mereka dan taukejnya tersenyum manja.

Begitulah setiap hari emosi kita sentiasa diperbodohkan oleh mainan lagu-lagu dalam pasaraya agar waktu manapun anda masuk mereka tetap untung. Lepas ini jika anda membeli belah di pasaraya amati lagu-lagu yang dipasang dan cuba lawan rentaknya. Yang paling baik sekali ialah tetapkan pendirian membeli apa yang anda mahu saja.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Muzik Buat Anda Berbelanja Lebih Di Pasaraya !

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Tuan blog,

    Saya selalu mengikuti blog tuan ini dan saya ingin sama melebarkan jaringan pembaca.

    Kalau tuan tak keberatan, mintak letakkan blog saya dlm blogroll tuan.

    t/kaseh

    ReplyDelete
  2. saya dah leytakkan dalam http://wartashubhilink.blogspot.com/
    Terima kasih

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !