Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 7, 2011

Pameran Reptilia Di I-City - Boleh Sesak Nafas !

  Mohd Shubhi       Thursday, April 7, 2011
Orang Selangor tentu kenal I-City ini yang sekarang menjadi salah satu tarikan pelancong. Setiap hujung minggu berbas-bas orang ramai datang untuk melihat keajaiban pokok-pokok yang berdaunkan lampu berwarna-warni.

Hakikat sebenarnya tempat tersebut bukanlah ada apa-apa yang menarik sangat. Ia lebih merupakan kawasan bersiar-siar menikmati angin malam tepi lebihraya yang berwarna warni. Letih bersiar cari kedai dan duduk makan malam kat situ.

Kalau pasangan yang sedang hangat bercinta, memang romantik sekali berjalan kat I-City, boleh duduk sampai pukul 3 pagi tanpa rasa letih. Bagi orang tua-tua tak payahlah nak menyeksa lutut kat sana, tak ada apa-apa faedahnya.

Bagi menarik tumpuan kanak-kanak, terdapat satu pameran binatang reptilia pada salah satu bangunan di situ. Ia diletakkan pada tingkat satu di atas sebuah kedai pakaian.

Promosinya dilakukan oleh ramai muda-mudi siap beruniform menjaja tiket serata tempat memujuk orang ramai masuk pameran. Harga masuk boleh bincang. Tapi harga formalnya adalah dewasa RM5 dan kanak-kanak atas 3 tahun RM3.

Ada salji turun dalam
bangunan ini
Tarikan yang mereka perkenalkan pada orang ramai ialah menjaja kura-kura kepala dua, biawak ekor tiga dan seumpamanya. Mereka jaja segala reptilia cacat untuk menarik orang ramai masuk, dan memang ramai manusia akan teruja bila diberitahu ada binatang kepala dua kat dalam sana.

Teknik tarikan tersebut berjaya menarik anak-anak saya dan juga anak-anak saudara yang melawat tempat tersebut baru-baru ini. Mereka lupa terus terhadap lampu warna warni bila dengar ada biawak ekor 3. mahu tak mahu saya terpaksa bawa semua masuk sekali dengan saya.

Merasakan salji yang
turun
Apa yang boleh saya sebutkan di dalam tempat tersebut adalah sesak nafas. Debu-debu berterbangan dek terlalu ramai orang masuk dan tiada sistempengudaraan yang sesuai. Kawasannya tertutup dan tiada vetilator untuk alirkan udara dengan baik. Kebetulan saya alergik dengan debu maka saya bersin dari mula naik tangga masuk sampai akhir.

Lain kali saya nasihatkan orang ramai yang nak ke situ fikirkanlah dahulu samada anda tahan udara berdebu dan sesak, kalau nak tengok juga pameran reptilia dengan suasana yang lebih nyaman baik perji saja ke zoo negara. Bukan setakat reptilia, malah semua haiwan laun anda boleh lihat di sana.

Anda boleh lihat beberapa koleksi gambar yang sempat saya ambil hari itu di bawah. Anda boleh klik pada gambar untuk besarkan.



Gambar anak dara orang yang saya ambil
bila dia tengah posing tepi sangkar ular








logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pameran Reptilia Di I-City - Boleh Sesak Nafas !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !