Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Bunuh Kelawar - Penting Dalam Industri Pertanian !

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 6, 2011
Punya kepentingan ekonomi dalam industri pertanian !
Tidak ada sesuatupun kejadian yang Allah Taala cipta di alam ini yang sia-sia. Begitulah semua kita yang beragama Islam wajib percaya. Apakah faedah adanya kelawar?

Kelawar sebenarnya merupakan sejenis binatang yang salah satu kerjanya adalah untuk menjalankan kerja-kerja kawalan serangga perosak terutamanya di kawasan perladangan.

Dengan adanya kelawar negara Amerika berjaya menyelamatkan sehingga 4 ke 50 billion dollar setiap tahun. Kelawar yang berkeliaran di waktu malam menelan berjuta-juta serangga yang memusnahkan tanaman di ladang-ladang yang mana ia dapat menyelamatkan kerosakan tanaman yang diusahakan.


Seekor kelawar sebesar ibu jari manusia mampu makan sejumlah 6 ke 8 gram serangga perosak sepanjang malam. Jika sekumpulan kelawar yang berjumlah sejuta ekor berkeliaran setiap malam, mereka menjadi agen kawalan serangga perosak yang mampu menghapuskan sehingga 660 ke 1300 tan metrik serangga pemusnah.

Malangnya jumlah kelawar semakin hari semakin menurun di serata dunia akibat penyakit dan juga mati dek perkembangan arus kemodenan. Kesan kematian kelawar bakal melihat peningkatan penggunaan racun serangga bagi aktiviti kawalan di kawasan perladangan.

Kos penggunaan racun bukanlah sesuatu yang murah malah jika di kaji dari kesan sampingan penggunaan racun, kosnya akan meningkat berkali ganda. Begitulah kesannya apabila kita menghapuskan kitaran ekologi yang tersusun baik dijadikan Allah. Manusia ingat mereka pandai, malangnya manusia lebih banyak mencipta keburukan daripada kebaikan kepada diri mereka sendiri.

Semua fakta tersebut adalah daripada kajian yang dijalankan di Amerika bagi melihat kesan keburukan yang bakal dihadapi oleh negara tersebut apabila jumlah kelawar di ruang udara mereka setiap malam semakin pupus.

Adakah kesan yang sama berlaku di negara kita. Apakah kepentingan kelawar dalam industri perladangan dan pertanian di negara kita dan jika ia penting apakah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengimbangi ketidak seimbangan sistem ekologi di negara kita.

Mungkin itu semua tidak penting kerana kita berazam menjadikan Malaysia negara maju pada 2020 tanpa memberikan perhatian pada pertanian. Biar kita impot semua makanan kita dan bergantung pada negara lain. Jika begitu jadinya kita mencari penyakit sebenarnya, kita mewariskan bumi Malaysia yang bermasalah kepada anak cucu kita.

Lihat laporan lengkap mengenai kepentingan kelawar dalam pertanian ini di artikel asalnya di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan Bunuh Kelawar - Penting Dalam Industri Pertanian !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !