Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 28, 2011

4 Petua Terbaik Ambil Gambar Alam Sekitar

  Mohd Shubhi       Saturday, May 28, 2011
Adakah anda memiliki sebuah kamera digital?, berkemungkinan besar mereka yang menjawab 'ya!' adalah 99%. Dunia sekarang hampir semua orang mampu mengambil gambar secara digital.

Gamabar diambil samada melalui kamera yang ada pada telefon bimbit anda atau pun kamera kompak yang bersepah dijual dengan harga yang murah sekarang ini di pasaran.

Sebagai orang muslim yang sentiasa mengingati Penciptanya, adalah pelik jika apabila dia melihat keindahan alam maya yang mengasyikkan, mendamaikan, dan menggetarkan jiwa tidak tersentuh rasa kagum atas Tuhan yang menciptakan semua itu.


Tidak hairanlah setiap kali kita menyaksikan suasana matahari terbenam dengan warna kemerahan, kekuningan, kebiruan silih berganti, kepulan awan berbagai bentuk yang melindungi sebahagian daripada sinar suria...terpancul perkataan "SUBHANALLAH !" dari mulut kita mengagungkan Tuhan semesta alam, Pencipta segala kejadian.

Kadangkala tergerak untuk kita kerakankan suasana keindahan yang sedang kita saksikan tersebut dengan kamera yang ada pada kita. Lalu kita keluarkan kamera kenghalakannya pada pemandangan tersebut dan seterusnya "klik !". Kita mahu menunjukkan pada keluarga, saudara atau kawan selepas itu.

Tapi malangnya apabila kita simpannya dalam komputer dan membukannya, ternyata ia tidak seindah yang kita saksikan, nampak biasa saja dalam gambar tersebut. Kenapa agaknya?

Jawapannya adalah untuk mengambil gambar yang baik dan menarik ada disiplinnya yang tersendiri. Ia berdasarkan kajian dan pemerhatian mata kita ketika melihat sesuatu pemandangan dalam bentuk lukisan. Dari situlah disusun beberapa petua-petua menarik sebagai pedoman kita dalam mengambil gambar yang baik.

Berikut saya linkkan di bawah 4 petua-petua terbaik dalam merakamkan gambar yang menarik pada 4 situasi yang berbeza:

  1. Petua mengambil gambar dengan warna yang menarik.
  2. Petua mengambil gambar bunga-bungaan yang menarik
  3. Petua mengambil gambar binatang liar.
  4. Petua mengambil gambar air terjun yang menarik.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 Petua Terbaik Ambil Gambar Alam Sekitar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !