Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 28, 2011

Senarai Universiti Terbaik Dunia 2011 - Kita tercorot ke tangga 207 !!!

  Mohd Shubhi       Saturday, May 28, 2011
Senarai terbaru universiti terbaik dunia dikeluarkan baru-baru ini di mana Universiti of Hong Kong menduduki tangga 23 terbaik dunia dan senarai teratas sebagai universiti paling baik di Asia. Ada 3 universiti di Hong Kong yang menduduki senarai top 50 universiti terbaik dunia.

National University of Singapore (NUS) menduduki senarai 31 universiti terbaik dunia, masih kekal sebagai salah satu dari 50 universiti terbaik dunia.

Seperti biasa, universiti terbaik di negara kita adalah University Malaya yang berada dalam senarai ke-207 universiti terbaik dunia. Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bangganya mendapat tempat ke 263, meninggalkan 56 tiang jauh ke belakang dari UM. Universiti Sains Malaysia pula terselit di senarai ke-309, dan UTM - 365. Tengok sendiri senarainya di sini.


Kita dengar lepas ni apa kata para pemimpin kita kenapa kita tidak perlu mengambil kira senarai yang telah mereka keluarkan...seperti biasa negara kita adalah lebih baik dari mana-mana negara dunia lain kerana kita ada cara sendiri menentukan bagaimana sesebuah universiti itu perlu diuruskan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Senarai Universiti Terbaik Dunia 2011 - Kita tercorot ke tangga 207 !!!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !