Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, May 29, 2011

Bukit Melawati - Kuala Selangor

  Mohd Shubhi       Sunday, May 29, 2011
Trem
Bukit Melawati suatu masa dahulu merupakan sebuah benteng pertahanan yang dibina oleh Sultan Ibrahim pada abad ke-17. Ia dibina bagi mempertahankan Selangor daripada serangan tentera Belanda yang pada masa itu sudahpun menawan Kerajaan Melaka. Anda boleh melihat tinggalan sejarah tersebut jika ke sana.

Kalau ada kesempatan anda boleh membawa keluarga ke sana untuk mengenali sedikit sebanyak tapak sejarah di negara kita. Terdapat beberapa peperangan tercetus di Bukit Melawati pada masa dahulu. Ada peperangan menahan dari serangan Belanda dan ada juga peperangan sesama Sultan yang bersekutu dengan kongsi-kongsi gelap cina untuk merebut kekuasaan bagi meraih kekayaan bijih timah. Dikatakan kali terakhir perang saudara itu menyebabkan banyak berlaku kemusnahan pada kota.


Anda boleh membawa kenderaan menaiki kawasan bukit itu pada hari biasa tetapi pada hujung minggu kenderaan tidak dibenarkan dibawa naik ke atas, anda perlu berjalan kaki ataupun menaiki trem. Trem hanya beroperasi pada hujung minggu dengan kos RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Awas geng lepak di sini.
Terdapat pemandangan yang indah ketika anda berada di puncak bukit. Lautan terbentang luas di mana anda boleh menyaksikan matahari terbenam pada waktu petang. Dari jauh anda dapat melihat jeti serta perkampungan nelayan di persisiran sungai serta laut di Kuala Selangor. Kita meneropong kemunculan anak bulan di puncak bukit tersebut setiap kali menentukan tarikh bulan puasa dan juga raya.

Satu perkara unik di kawasa Mukit Melawati itu adalah kehadiran Kera Lutung yang banyak dan jinak. Kebiasannya kita hanya melihat lutung dikawasan hutan-hutan bergayut tinggi dan mereka merupakan spesis yang amat pemalu, tapi tidak di Bukit Melawati.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bukit Melawati - Kuala Selangor

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !