Sunday, May 8, 2011

Pelajar Reka Basikal Paling Berteknologi Tinggi Pernah Direka !

Basikal bukanlah benda asing bagi kita semua. Kenderaan pertama yang kita mula kenal dan mungkin memilikinya adalah basikal. Hampir semua kanak-kanak akan didedahkan dengan basikal pada zaman awal mereka.

Basikal yang kita kenal semuanya ada rantai yang menghubungkan pengayuh dengan roda untuk membolehkan kita bergerak. Tak ada apa yang pelik dalam rekabentuk tersebut. Tapi melihat piring pengayuh yang bergerigi tajam sedikit sebanyak menimbulkan rasa bahaya kalau-kalau tersepit.




Rantai pula perlu diletakkan minyak agar ia tidak kering dan berkarat bagi melancarkan kayuhan basikal. Kalau pakaian atau anggota menyentuh rantai alamat hitam berminyak akan melekat.

Bagi basikal yang ada gear pula, rupa bentuk fizikal gear yang biasanya berbentuk 's' menambahkan kehodohan rupa sistem mekanikal basikal.

Mungkin kerana tak puas hati dengan apa yang disebutkan di atas membuatkan 3 orang pelajar mereka bentuk sebuah basikal yang cukup hebat.

Rupa bentuk basikal tersebut lansung tidak kelihatan samada rantai atau gear, ia kelihatan amat bersih dan lansung tidak merbahaya. Ini kerana semua sistem rantai serta gear basikal berada di dalam frame basikal tersebut.

Ia juga dilengkapkan dengan sistem elektronik yang memaparkan skrin pada handle bagi menunjukkan gear berapa yang digunakan serta kelajuan. Basikal tersebut juga mempunyai sistem dinamo yang menjana kuasa bagi menghidupkan bateri dan lain-lain fungsin elekrtonik.

Barita yang tak seronok ialah ia tidak ada dalam pasaran. hanya sebuah prototype yang direka oleh 3 orang pelajar. Baca lebih lanjut di sini.
Previous Post
Next Post

1 comment: