Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 27, 2011

Penyanyi Rap Terkenal Amerika Masuk Islam Setelah Mendengar Azan Di Dubai

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 27, 2011
Amir Hawkins memberitahu dia mendapat hidayah apabila terdengar laungan azan ketika berada di Dubai. Beliau akan dijemput menceritakan pengalaman rohaninya apabila mendengar azan yang membawanya masuk Islam di Dubai pada bulan Ramadan ini anjuran Jabatan Pelancongan Dubai. Baca sini.

Betapa hebatnya laungan azan bagi mereka yang mempunyai jiwa halus dan jujur kepada kebenaran. Ia mampu menggetarkan jiwa yang kekosongan yang dambakan pengisian rahmat dan redha Illahi. Apa lagi jika orang yang mendengarnya memahami maksud ayat-ayat yang dilaungkan oleh muazzin. Bertambah lagi terangkatnya jika suara muazzin merdu.


Namun malangnya majoriti umat Islam di negara kita dek kerana sudah terbiasa mendengar azan diserata tempat, semenjak dari lahir sehingga dewasa, menganggap laungan azan tidak ada apa-apa erti dijiwanya. Tidak hairanlah walaupun ada yang sedang melepak berhampiran masjid selamba sahaja meneruskan perbualan mereka, makan dan minum dari mula azan dilaungkan sehinggalah selesai para jemaah menunaikan solat fardu, mereka masih lagi berada di situ.

Rasulullah amat menitik beratkan solat secara berjemaah, semua orang tahu perkara ini dan ia merupakan perkara asas. Walaupun solat berjemaah tidak wajib, tetapi penekanan yang diberikan oleh Rasulullah menggambarkan betapa ia amat penting bagi masyarakat Islam. Kita disarankan segera menunaikan solat di mana azan dilaungkan. Di situ nampak peranan azan dalam membuat keputusan di mana harus kita bersolat.

Cuba lihat keadaan masyarakat Islam di sekeliling kita sekarang ketika seluruh masjid dan surau melaungkan azan. Ada yang masih lagi bermain, bersukan, main bola, main takraw. Ada yang masih lagi bercengkarama di taman bunga. Ada yang masih lagi berbual dan bersenda gurau kosong ditembok jalan, ada yang masih lagi sibuk mencuci kereta. Ada yang masih sibuk mesyuarat. Ringkasnya azan tidak punya apa-apa erti dalam jiwa mereka.

Memang patutpun Islam dihina di muka dunia juga di negara kita sendiri. Umatnya tidak punya jiwa membesarkan ritual yang paling penting dalm hidupnya. Masjid kita kosong walaupun azan dapat didengari di seluruh taman penempatan penduduk. Pejuang-pejuang agama dan juga bangsa bangun apabila ada yang menegur bising azan, namun ramai yang bangun membantah itu telingannya juga tuli dalam menyahut seruan azan.

Ayuhlah kita tanam azan mulai saat ini untuk berhenti dari segala aktiviti sebaik sahaja mendengar azan dan melurulah menuju kepada kejayaan.

MARILAH MENUJU KEJAYAAN, MARILAH MENUJU KEJAYAAN
ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..............tidakkah anda merasakan kehebatannya????
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Penyanyi Rap Terkenal Amerika Masuk Islam Setelah Mendengar Azan Di Dubai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !