Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 27, 2011

Satay Kambing - Puchong Permai

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 27, 2011
Hanya satay kambing sahaja dijual. Anda boleh bungkus atau makan di situ
Tak jauh daripada Masjid As-Syakirin, Puchong ada sederet kedai di sepanjang jalan kampung yang menjalankan berbagai perniagaan. Ada restoran nasi padang, ada kedai runcit dan ada juga kedai soto.

Dalam banyak-banyak kedai di situ ada satu yang istimewa bernama Barokah. Ada terpampang tulisan "Satay Kambing Saja". Saya sering lalu di situ setiap kali singgah solat magrib dan kelihatan ramai yang menunggu giliran membeli satay kambingnya.

Baru-baru ini sempat singgah untuk merasa samada sedap atau lazat satay kambing tersebut. Saya beli 20 batang dengan harga RM20 dan membungkusnya pulang.

Satay yang dibungkus sekali dengan kuahnya yang bercampur dengan bawang dihiris.  Rendaman satay di dalam kuah yang pedas secukup rasa membuatkan 10 batang rasa tidak cukup !
Ternyata satay tersebut amat lazat dan cukup segala rasanya. Cuma ia agak pedas bagi kanak-kanak, namun bagi saya ia enak lazat dan berkhasiat. Siapa yang lalu di situ cubalah rasa keenakkan satay kambingnya. Awas bagi pengidap darah tinggi, mungkin tidak sesuai untuk anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Satay Kambing - Puchong Permai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !