Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 28, 2011

Sesiapa Yang Nampak Anak Bulan Sila Laporkan Ke Pejabat Mufti !

  Mat Bihi       Thursday, July 28, 2011
Pemegang mohor di Raja mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan adalah pada hari ahad 31 julai 2011. Semua orang tahu yang puasa akan jatuh pada hari Isnin 1 Ogos 2011. Ini bermakna, jawatan kuasa melihat anak bulan bakal nampak anak bulan pada petang hari ahad itu. Mungkin berdasarkan perkiraan falak anak bulan bakal muncul pada petang ahad.

Di Beirut, Majlis Fatwa mereka mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan jatuh pada hari sabtu 30 julai 2011, jika anak bulan kelihatan pada petang sabtu tersebut maka ahad menjadi hari pertama bermulanya bulan ramadan. Kalau tak nampak, maka puasa akan jatuh pada hari Isnin.

Tapi yang menariknya di sana, Majlis fatwa juga mengumumkan kepada seluruh masyarakat jika ada sesiapa yang terlihat kemunculan anak bulan pada petang hari sabtu itu, hendaklah melaporkannya di pejabat mufti untuk tindakan selanjutnya.

Namun Mufti besar Syiah di sana bulat mengumumkan bahawa tarikh puasa adalah jatuh pada hari Isnin mengikut kiraan falak. Bagi penganut Syiah di sana isnin secara rasminya adalah tarikh mula puasa. Sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sesiapa Yang Nampak Anak Bulan Sila Laporkan Ke Pejabat Mufti !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment