Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 22, 2011

Lebihkan Beribadat, Kurangkan Internet - Ulama Iran

  Mohd Shubhi       Thursday, September 22, 2011
Ulama Iran, Ayatollah Mesbah-Yazdi, menyeru agar para pelajar di Imam Khomeini Research And Education Centre lebih mengutamakan beribadah daripada menghabiskan masa sehingga larut malam melayari internet.

Banyak masalah sosial dan keretakan rumahtangga tercetus daripada aktiviti melayari internet yang semakin menjadi-jadi di dunia sekarang. Kalau melayari perkara-perkara yang berfaedah dan menambahkan keimanan dan pengetahuan masih boleh dimaafkan, tetapi ramai yang terjebak dengan aktiviti menonton video, chatting, dan lain=lain perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Kepada para blogger yang menghabiskan masa berjam-jam depan internet untuk membaca, menulis, melawat blog orang, mengutuk parti lawan, memfitnah, dan sebagainya elok mengambil teguran ulama Syiah ini dan menyuluh diri apakah yang kita buat mendatangkan faedah bagi keselamatan diri kita dan keluarga kita di dunia dan juga akhirat. Sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lebihkan Beribadat, Kurangkan Internet - Ulama Iran

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !