Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 6, 2011

Misi Somalia Putera 1 Malaysia Yang Malang

  Mat Bihi       Tuesday, September 6, 2011
Kematian saudara Noramfaizul, seorang jurugambar Bernama ketika menyertai misi bantuan di Somalia menjadi satu lagi berita hangat di seluruh negara. Seperti biasa setiap kali berlakunya kemalangan yang meragut nyawa maka berduyun-duyunlah kenyataan demi kenyataan dikeluarkan mengulas kejadian yang berlaku.

Kelemahan perancangan dan pelaksanaan misi didedahkan satu demi persatu. Ayat-ayat seperti sepatutnya mereka perlu buat itu dan ini akan mula kedengaran. Kegiatan mencari salah siapa mula bergerak aktif mencari mangsanya.

Orang itu tak buat ini dan orang ini tak buat itu akan diulang-ulang sehingggalah ke suatu masa yang isu tersebut menjadi sejuk. Akhirnya tiada satu bendapun berjalan, dan semua orang diam kembali menantikan satu lagi kemalangan meragut nyawa berlaku untuk memulakan kembali kegiatan mencari kelemahan.


  • Patutkah ia dipolitikkan - secara asasnya isu ini memang telah menjadi isu politik sejak hari pertama Kelab Putera 1 Malaysia ditubuhkan kerana ia ada kaitan dengan Umno dan ketuanya merupakan salah seorang pemimpin Umno yang sedang mencari tapak bagi menaikkan dirinya semula. Oleh itu tidak hairanlah ia menjadi isu politik dan akan terus begitu sampai bila-bila. Kebaikan akan dijulang Umno dan keburukan akan dibelasah pembangkang.
  • Patutkah kita menyesali apa yang berlaku - sudah tentu semua orang kesal setiap kali ada keburukan berlaku. Tapi yang paling baik sekali adalah mengkaji kelemahan dan memperbaikinya untuk masa yang mendatang. Setiap keburukan didatangkan berpasang dengan kebaikan. Keburukan yang datang membuatkan kita menganalisa dan memperbaiki diri yang mana akhirnya timbullah kebaikan.
  • Perlukah kita saman Putera 1 Malaysia - Itu eloklah diserahkan kepada waris serta keluarga si mati yang lebih layak membuat keputusan samada untuk saman atau tidak. Tak payahlah kita hendak mencucuk dan menjadi tukang bisik kecuali jika diminta waris si mati akan pandangan kita.
  • Perlukah Putera 1 Malaysia menganjurkan lagi misi seperti itu - Kegiatan kebaikan tidak sepatutnya dihalang oleh sesiapapun. Niat melakukan kebaikan samada untuk menunjuk-nunjuk tak ada siapa yang dapat membacanya. Adakalanya menunjuk-nunjuk kebaikan dengan niat mengajak orang lain ikut, bukanlah menjadi satu kesalahan. Cuma cara perlaksanaannya perlu dikaji semula apabila ia melibatkan misi yang bahaya yang bukan menjadi kepakaran kelab itu mengendalikannya. Menggunakan agensi yang lebih pakar seperti Medicine Sans Frontiers adalah lebih bijak.
  • Misi yang seperti mana sesuai untuk Putera 1 Malaysia - Mereka lebih sesuai melakukan misi menyelamatkan kerosakan moral remaja serta menjadi agen pencari remaja yang lari dari rumah.Tapi terlebih dulu pastikan moral para ahlinya hebat untuk dijadikan contoh ikutan. Misi meronda sekeliling negara mencari rumah orang miskin yang hampir roboh untuk dibantu juga amat sesuai dan tidak bahaya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Misi Somalia Putera 1 Malaysia Yang Malang

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Selama ini semua aktiviti Putera 1 Malaysia memang tajaan Umno.Bukan kerajaan Malaysia, tetapi mereka gunakan dana kerajaan. New Zealand, pun dijenguk, mana-mana celah benua pun dia jenguk demi Putera 1 Malaysia, ia adalah wadah Umno mencari populariti. Konon Umno ni prihatin, sangat pemurah, bukan duit Putera tahu... duit dari kerajaan malaysia. Tetapi kalau kelab lain, mereka memang tak layan, kalau mati pun tak akan dapat gelaran Wira! percayalah. Ini stail kepimpinan yang konon rakyat didahulukan. Time unjuk rasa memanglah rakyat didahulukan untuk disembur, dibelantankan dan dilempar gas pemedih mata. Hidup Malaysia! Rakyat diutamakan, pemimpin didahulukan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    pd saya pemergian kelab Putera 1 M'sia tu lebih kepada mencari publisiti.

    kejadian malang ini harapnya membuka mata mereka, bahawa jika tiada kepakaran tak perlulah menganjurkan misi kemanusiaan yg berisiko.

    saya ada menyaksikan interview Aji di MHI TV3 (anggota media yg turut tercedera). Menurutnya, mereka tidak dibekalkan info yg sepatutnya mengenai keadaan di Somalia. Dia hanya membuat carian sendiri di Internet.

    ReplyDelete