Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 1, 2011

Anda Sentiasa Diperhatikan Jika Anda Pakai Phone Android !

  Mohd Shubhi       Thursday, December 1, 2011
Seorang Android Developer mendedahkan bagaimana setiap telefon bimbit baru yang menggunakan teknologi Android merekodkan segala aktiviti yang anda lakukan pada telefon bimbit anda. Semua maklumat seperti password, nombor, portal mana yang anda masuk, nombor rahsia online bangking anda dan segalanya dirakamkan secara rahsia.

Software yang digunakan dalam phone tersebut untuk membuat segala kerja rakaman itu dibina oleh syarikat bernama Carrier IQ. Dikatakan bahawa blackberry dan Nokia juga menggunakan perakam rahsia yang sama tetapi dinafikan oleh Nokia.

Memang sebenarnya kita sedang berada di dalam dunia di mana segalanya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Identiti kita terdedah di serata tempat. Kita boleh dihubungi di mana saja kita berada dengan telephone bimbit kita. Pergerakan kita boleh di kesan sepanjang masa. Maklumat kita ada pada setiap pasaraya yang kita masuk dengan menggunakan kad kredit dan macam-macam lagi...semuanya bukan lagi rahsia.

Nak tahu lebih terperinci baca kat sini  

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Anda Sentiasa Diperhatikan Jika Anda Pakai Phone Android !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !