Tuesday, November 29, 2011

Istimewa Dari Mangkuk Tingkat hari Ini

Perniagaan mangkuk tingkat bermatlamatkan untuk menyelesaikan masalah ibubapa yang kuat bekerja sehingga tak sempat untuk memasak kepada anak-anak atau orang tua mereka yang berada di rumah.

Kebanyakan daripada kita akan meninggalkan duit pada anak-anak kita untuk mereka pergi ke kedai dan makan tengahhari manakala pada waktu malam pula jika ibubapa pulang awal mereka akan beli lauk atau membawa semua ahli keluarga keluar untuk makan malam.

Sekarang ini semua itu tidak perlu lagi kerana 'Mangkuk Tingkat' mampu menyelesaikan semua masalah anda tersebut dengan memasak dan seterusnya menghantar bekalan makanan anda terus ke rumah. Anda boleh makan bersama-sama sekeluarga di rumah tanpa perlu menghabiskan masa memandu mencari restoran untuk makan.

hari ini Mangkuk Tingkat menawarkan diskaun runtuh pada semua pelanggan mereka dengan menawarkan harga hanya RM6.50 termasuk penghantaran untuk satu hidangan tengahhari atau malam.

Apa yang anda perlu buat cuma dail 03-9171 0334 untuk menjadi 30 pemanggil pertama bertuah pada hari ini....cepat telefon sekarang dan buat tempahan untuk esok atau lusa atau jumaat. Tawaran cuma di buka untuk hari ini sahaja. Jika sambutan menggalakkan ianya akan dibuat setiap minggu pada hari yang akan ditentukan secara rambang.


Previous Post
Next Post

2 comments:

  1. Ini sudah baik untuk golongan pemalas! Tak lama lagi orang biasa tak tahu masak nasi walaupun guna periok letrik.

    ReplyDelete
  2. Yong,
    Pedih kenyataan tu !!! bukan malas tapi tak sempat, samalah macam orang yang ada maid...

    ReplyDelete