Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 23, 2012

Bagaimana Nak Kawal Makan Dengan Memilih Pinggan

  Mohd Shubhi       Monday, January 23, 2012
Ramai yang nak jaga badan, tapi bila tengok makanan yang digemari, ramai yang tak dapat kawal jumlah makanan yang kita ambil. Antara penyumbang berbagai penyakit pada manusia adalah disebabkan terlebih makan. Kita sering kasihan melihat berita manusia kebuluran dan mati tak makan di Somalia, tapi kita tak sedar ramai orang yang mati di negara kita akibat terlebih makan.

Oleh kerana mangawal jumlah makanan yang kita ambil mampu mengekalkan tahap kesihatan kita maka petua mudah yang semua orang boleh amalkan dalam mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil tentu amat berfaedah.


Salah satu cara untuk seseorang otu kurang makan daripada biasa adalah dengan memilih jenis pinggan yang digunakannya. Ini kerana:

  • Menurut kajian, jika anda menggunakan pinggan yang besar, anda akan mengambil makanan antara 9% hingga 31% lebih daripada biasa secara tak sedar.
  • Warna pinggan yang punyai kontrast yang tinggi berbanding makanan anda akan menyebabkan makanan anda dihidangkan kurang 21% daripada biasa.
Jadi jika anda nak jaga jumlah makanan yang anda ambil, pastikan anda gunakan pinggan yang kecil dan juga warnannya hendaklah amat kontra berbanding makanan anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Nak Kawal Makan Dengan Memilih Pinggan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !