Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 28, 2012

Seludup 'Penyu Hidung Babi' Dalam Beg Pakaian

  Mohd Shubhi       Saturday, January 28, 2012
Pihak berkuasa Indonesia berjaya membenteras cubaan menyeludup binatang exotik yang mendapat permintaan tinggi di Asia Tenggara yang dipanggil Pig-Nosed Turtles atau dalam bahasa Malaysia kita terjemah manjadi "Penyu Berhidung Babi'.

Yang menakjubkan adalah penyeludup memasukkan sebanyak 1,495 ekor penyu ke dalam 2 beg pakaian untuk di seludupkan. Beg tersebut berjaya dikesan di Mirauke, Papua. Beg tersebut menuju ke Jakarta. Jakarta dikatakan menjadi hub utama aktiviti penyeludupan binatang-binatang eksotik ke kawasan lain dunia


Jika anda terlihat penyu berhidung babi ini di kedai-kedai binatang peliharaan, ianya berkemungkinan telah diseludup dari Indonesia ke luar. Pihak berkuasa negara Indonesia mengklasifikasikan Penyu hidung babi sebagai binatang kawalan yang tidak boleh bela untuk perniagaan atau dieksport.

Semakin ramai manusia di muka bumi ini semakin banyak kerenah yang akan kita jumpa dan semakin banyaklah kerosakan yanag akan dilakukan kepada bumi yang Allah Taala hamparkan untuk kita dan kita sendirilah yang merosakkannya.
Sumber
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Seludup 'Penyu Hidung Babi' Dalam Beg Pakaian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !