Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 28, 2012

Bagaimana Turunkan Berat Badan Dengan Hanya Menulis

  Mohd Shubhi       Saturday, January 28, 2012
Berat badan anda naik dan anda risau bagaimana nak turunkannya tapi malas nak bersenam. Jangan risau kerana satu laporan dalam Jornal Phychological Science membentangkan kajian bahawa mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka seperti Agama, perhubungan atau minat mampu menurunkan berat badan dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut kajian satu kumpulan yang ditugaskan menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka ditimbang selepas 1 hingga 4 bulan telah turun berat badannya purata sebanyak 3.41 pound berbanding kumpulan kawalan yang tidak menulis apa-apa yang berat badan mereka telah naik purata sebanyak 2.76 pound.


Bagaimana ini boleh berlaku? menurut pakar psikologi, mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka mendapat semangat dan kepercayaan pada diri sendiri membuatkan mereka kurang melakukan perkara yang tidak baik seperti makan banyak dan seumpamanya.

Kajain dilakukan terhadap wanita dan tidak pula diberitahu samada kaum lelaki bakal mendapat faedah yang sama dengan menulis. Tapi apa salahnya mencuba dan lihat perubahannya dan jika ditambah dengan mengamalkan hidup sihat seperti bersenam dan menjaga makanan, berat badan anda tentu dapat dikawal mengikut kehendak anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Turunkan Berat Badan Dengan Hanya Menulis

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !