Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, February 19, 2012

Buka semula gambar lama...1

  Mohd Shubhi       Sunday, February 19, 2012
Macam mana tiba-tiba aku boleh minat dengan kamera pulak. Kalau tak silap aku minat pada kamera mula timbul bila aku mula menulis kat blog dan kemudiannya aku mula masuk hutan dan kembara ke serata tempat bersama dengan kawan-kawan. Mula timbul keperluan untuk merakamkan pengalaman ketika berada di tempat orang untuk dijadikan modal menulis di blog.
Masa mula tu segala terma dalam dunia kamera terlalu asing bagi aku malah aku tak pernah tahu ada kamera yang dipanggil compact digital dan ada yang dipanggil DSLR. Bagi aku semuanya kamera. Yang membezakan mereka hanyalah kecil atau besar kemera tersebut dan warna silver atau hitam dan persepsi aku kamera warna hitam tu tentulah kamera pro.
Duit adalah sikit jadi aku rasa nak belasah beli kamera besar warna hitam terus yang aku rasa tentu sekali beli tak payah fikir dah untuk beli kamera lain sampai mati. Mujur ada kawan nasihat aku untuk beli kamera kompak dan mula explore dulu untuk pendedahan awal supaya aku lebih faham secara perlahan-lahan, katanya banyak benda yang aku kena belajar.
Jadi akupun setuju 100% dan terus pergi beli kamera kompak yang boleh adjust ala-ala kamera DSLR. Nampaknya agak mahal juga kamera yang aku beli tu dan disebabkan aku suka warna hitam aku pilih kamera Ricoh GX200. Mahal jugak harganya dan aku seronok bukan kepalang dan tak sabar-sabar nak ambil gambar dan aku bawa kemana saja aku pergi.
Disamping banyak membeli buku mengenai kamera dan membacanya aku juga tak berhenti ambil gambar dengan kamera Ricoh aku tu dan cuba praktiskan sebagaimana gambar-gambar inspirasi yang aku lihat di dalam majalah-majalah yang aku baca. kini aku review balik gambar-gambar aku dulu masa pakai kamera Ricoh compact dan aku rasa ada jugak yang ok...jom kita tengok gambar-gambar lama hasil dari Ricoh GX200.








logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buka semula gambar lama...1

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !