Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, February 19, 2012

Kenapa kita perlu membaca Tafsir Al-Quran lebih dari sekali?

  Mohd Shubhi       Sunday, February 19, 2012

  • Adakah anda pernah atau telah habis membaca tafsir Al-Quran? sebagai orang Islam saya andaikan semua sudah pernah menghabiskan keseluruhan Kitab Rujukan paling utama dalam hidup kita itu, sebab itu kita berbangga dan bersyukur menjadi seorang muslim.
  • Jika kita telah menghabiskannya sekali, kita sebenarnya wajib menghabiskannya sekali lagi untuk kali yang keduanya.
  • Ini kerana saintis membuktikan bahawa pembacaan sesebuah buku untuk kali keduanya memberikan perbezaan yang amat besar berbanding pengalaman membacanya buat pertama kali.
  • Untuk kali pertama kita akan memfokuskan kepada isi serta apa yang diperkatakan dalam Kitab Tafsir tersebut.
  • Pembacaan kali kedua membuatkan kita menghayati pembacaan dan menyelami perasaan kita dalam pembacaan itu dan mula menjalinkan hubungan yang lebih mendalam terhadap pembacaan kita.
  • Secara rambangnya mereka yang meluangkan masa setiap hari untuk menghabiskan tafsir Al-Quran sebanyak 30 juzuk di negara kita merupakan spesis unik dan pelik yang hampir pupus dikalangan umat Islam negara kita.
  • Kalau tak percaya tanyalah secara rambang sepuluh kenalan kawan-kawan anda yang beragama Islam dan lihat jawapannya.
  • Kalau pembacaan kali pertamapun tak pernah dilalui, macam mana nak mulakan yang kedua bagi menyelami segala apa yang diwasiat dan diperturunkan kepada kita sebagai bahan rujukan utama. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa kita perlu membaca Tafsir Al-Quran lebih dari sekali?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !