Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Recent Posts

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa sistem peperiksaan sahaja tidak melahirkan orang yang berjaya?

  Mat Bihi       Tuesday, February 28, 2012

  • Dua orang pelajar yang amat cemerlang dan mempunyai IQ yang melebihi normal diuji keupayaan mereka dengan 2 jenis ujian:
    1. Menjawab soalan akademik yang melibatkan kemahiran kiraan dan hafalan.
    2. Menjawab soalan merapu yang lebih melibatkan pengetahuan umum mereka.
  • Kedua-dua pelajar menjawab semua soalan jenis pertama dengan cemerlang tanpa satu kesilapanpun
  • Bagi soalan jenis kedua, berikut adalah contoh soalan yang dikemukakan:
    • Apakah yang anda boleh buat dengan seketul bata.
  • Berikut Jawapan yang diberikan oleh pelajar A
    • Tidak cukup untuk membuat sebuah bangunan
  • Berikut jawapan yang diberikan oleh pelajar B
    • Mengetuk kepala orang
    • Memecahkan cermin kereta, cermin kedai dan seumpamanya
    • Mengikat pada kaki seseorang untuk ditenggelamkan ke dalam sungai
    • Meletakkan pada pedal minyak kereta menjadi auto.
    • Menahan tayar kereta yang tak ada handbrake
    • Melapik barang 
    • dan bermacam-macam lagi jawapan yang amat pelik
  • Kedua pelajar diikuti perkembangan mereka sehingga berumur 45 tahun dan tahukah anda pelajar manakah yang berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya.
  • Kalau anda masih tak dapat teka, pelajar B amat berjaya dalam hidupnya dari segi ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. manakala pelajar A hanya biasa-biasa saja...
  • Kenapa agaknya terjadi begitu:
    • Kerana sistem peperiksaan yang ada lebih menjuruskan kepada jawapan satu pilihan sahaja, ia membuatkan fikiran kita menjurus ke satu titik.
    • Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melatih fikiran kita mengembang dengan berbagai pilihan dan persoalan yang tidak tersekat dan bukan terhad kepada satu pilihan saja.
  • Apa yang boleh kita gunakan daripada penemuan tersebut:
    • Membuat semakan terhadap anak-anak kita samada mereka kreatif atau tidak dengan bertanyakan soalan yang mempunyai berbagai pilihan jawapan tiada had.
    • Melatih anak anda berfikir secara kreatif untuk memastikan kejayaan mereka
    • Jangan risau jika anak anda tidak mampu score A dalam semua matapelajaran mereka.
    • Membuat semakan terhadap pekerja yang bakal anda gajikan.
    • Dan lain-lain
logoblog

Thanks for reading Kenapa sistem peperiksaan sahaja tidak melahirkan orang yang berjaya?

Previous
« Prev Post

1 comment: