Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 27, 2012

Pepsi dan Coca-Cola berebut kuasai pasaran air kelapa di Amerika!

  Mohd Shubhi       Monday, February 27, 2012

  • Air kelapa bukan perkara asing bagi negara kita. Bagi negara India pula air kelapa merupakan minuman kebangsaan mereka.
  • Kini muncul berbagai jenis kelapa khas untuk mereka yang meminati air kelapa muda dan antara yang popular adalah kelapa hijau. Ada juga yang lebih kreatif dengan menyediakan jualan air kelapa muda bakar yang didakwa punyai beberapa kelebihan dalam melegakan berbagi penyakit.
  • Walaupun air kelapa sudah lama terkenal di negara kita, namun kalau tak silap saya ia mula dikomersialkan secara besar-besaran oleh Sanusi Joned sehingga bekalan kelapa tua menjadi berkurangan akibat permintaan kelapa muda yang meningkat tinggi.
  • Walaubagaimanapun air kelapa hanya dijual ditepi-tepi jalan atau di restoran-restoran dan tidak dijadikan sebagaimana air coca-cola atau pepsi atau 100plus.
  • Khasiat air kelapa yang merupakan air semula jadi dan mempunyai nilai memulihkan tenaga seperti mana air sukan membuatkan syarikat gergasi minuman besar seperti Coca-Cola dan juga Pepsi berebut menguasai pasarannya di Amerika.
  • Syarikat tersebut mula membeli kepentingan dalam saham-saham syarikat pengeluar air kelapa di Amerika dan hasil pemasaran yang agresif berjaya melonjakkan jualan air kelapa botol di sana.
  • Baru-baru ini syarikat Pepsi dikhabarkan telah membeli ladang-ladang kelapa dengan banyak di Brazil dan juga Amerika Selatan. Ini membuktikan bahawa mereka percaya permintaan terhadap air kelapa akan meningkat pada masa depan di dunia.
  • Bagaimana dengan perkembangan pasaran penjualan air kelapa di negara kita dan apa usaha yang dijalankan oleh para usahawan di negara kita dalam mengkomersialkan industri air kelapa ini.
  • Mungkin tidak banyak lagi ladang-ladang pokok kelapa di negara kita sekarang ini memandangkan kita sering kekurangan buah kelapa apabila menjelangnya musim perayaan dan terpaksa mengimportnya dari Indonesia.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pepsi dan Coca-Cola berebut kuasai pasaran air kelapa di Amerika!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !