Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, February 26, 2012

Sarapan pagi roti bakar telur separuh masak

  Mohd Shubhi       Sunday, February 26, 2012
Kalau aku balik Penang, macam mana sekalipun aku akan selit juga masa untuk bersarapan di Tanjung dengan mengunjungi kedai mamak tepi dinding yang dah lama menjadi identiti Pulau Pinang. Menu berhantu yang aku tak boleh lepas adalah roti bakar yang dituangkan telur separuh masak diatasnya.

Fresh tanpa lada dan kicap
Roti yang digunakan adalah roti benggali yang disapukan planta dan kemudiannya dibakar secukup rasa. Selepas di bakar roti itu akan dipotong berbentuk kiub kecil lalu 2 biji telur setengah masak dituangkan di atasnya.
Setelah ditabur lada dan kicap

Untuk menambahkan sedap, pelanggan biasanya akan tuang sedikit serbuk lada dan juga kicap pada campuran roti dan telur itu. Selepas itu ambil sudu dan garfu cucuk, tolak suap masuk dalam mulut....emmmm sedap, masya'Allah ! lazat berkhasiat.
Roti canai banjir kuah ayam

Setakat makan roti benggali bakar 2 keping dengan telur separuh masak 2 biji kekadang memang tak cukup. Sebelum habiskan roti bakar satu pinggan segeralah minta roti canai banjir yang ditaburkan kuah ayam atau daging atau sadin. Itu satu lagi menu lazat dan berhantu yang kalu orang tak biasa makan tentu akan balik mengingau.

Dipecahkan telur merah biar mengalir di celah kiub roti bakar




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sarapan pagi roti bakar telur separuh masak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !