- Ada orang yang menamakan anai-anai sebagai 'white ants' atau dalam bahasa Malaysia semut putih. Sebelum ini ada saya tuliskan di sini bahawa anai-anai bukanlah daripada keluarga semut walaupun tabiat berkoloninya dilihat seperti semut. Dia sebenarnya daripada keluarga lipas.
- Menurut Encyclopedia Britanicca, terdapat kira-kira 2,750 spesis anai-anai seluruh dunia dan 10% daripada spesis itu mendatangkan banyak kerosakan pada manusia.
- Walaupun banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai, ia tidak patut dipersalahkan kerana anai-anai adalah serangga hutan yang bergantung harap hidupnya dengan menjadikan kayu-kayan sebagai makanan. Oleh kerana manusia telah menebas habis hutan, tempat asal anai-anai maka ia sebagaimana biasa merayap dan mencari kayu kayan yang kini terdiri daripada struktur bangunan serta bahan perabot manusia.
- Dalam alam sekitar terutamanya di dalam hutan anai-anai amat penting kerana ia mencernakan cellulose kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.
- Kayu serta dedaun yang jatuh bertimbun-timbun di dalam hutan megambil masa yang amat lama untuk dicernakan jika bukan dengan pertolongan anai-anai.
- Tanpa anai-anai timbunan kayu serta daun mampu menimbus habis pokok-pokok di hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.
- Jika kita pernah masuk hutan tentu kita dapat lihat betapa persekitarannya amat lapang seperti telah dibersihkan oleh seseorang. Itulah sebenarnya kerja anai-anai.
- Walau bagaimanapun anai-anai jika tidak dikawal dirumah kita boleh mendatangkan banyak kerugian apabila perabot serta struktur rumah kita dimakannya. Untuk mendapat petua mengawal anai-anai anda boleh dapatkannya di Pest Control Tips.
Jasduit - Just do it !
Friday, March 23, 2012
Kebaikan anai-anai pada alam sekitar
Mat Friday, March 23, 2012
Terima Kasih sebab sudi membaca, Kebaikan anai-anai pada alam sekitar
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
Subscribe for Free Updates
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !