Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, August 22, 2021

Ketahui 5 petua tradisi halau anai-anai ini dan fahami kenapa ia tidak berkesan

  Mohd Shubhi       Sunday, August 22, 2021
Ada banyak perkongsian dalam media sosial tentang petua tradisi halau anai-anai yang anda boleh google kat internet.

Tujuan orang kongsikan petua halau anai-anai dengan menggunakan cara tradisi atau boleh kita panggil cara kampung ini adalah untuk berikan alternatif pada orang ramai.

Alternatif kepada cara biasa yang lebih profesional yang sering diamalkan oleh syarikat-syarikat pest control yang bertauliah kat Malaysia.

Tak ramai yang bersedia untuk guna khidmat syarikat pest control bertauliah atas faktor kos yang agak tinggi. 

Kalau ada duit banyak kat dalam poket mungkin boleh pertimbangkan guna khidmat profesional. Tapi dengan keadaan ekonomi yang tengah mencabar ini, membuatkan kuasa membeli orang ramai semakin susut.

Ada 5 petua tradisi yang anda boleh cuba kat rumah untuk halau anai-anai. Petua tersebut adalah:

  1. Garam - Anda boleh tabur saja garam pada kawasan yang ada anai-anai. Atau anda boleh bancuh air garam dan campur dengan tembakau. Semburkan pada kawasan yang ada anai-anai.
  2. Air kapur - Kalau anda ada simpan kapur sirih kat rumah, boleh bancuh air kapur dan semburkan pada kawasan yang kena serangan anai-anai.
  3. Air beras - Ada orang tua-tua yang pesan guna air basihan beras yang pertama. Ambil air tersebut dan jirus atau sembur pada kawasan yang kena makan anai-anai.
  4. Minyak tanah - Caranya sama juga iaitu jirus minyak tanah pada kawasan yang ada anai-anai. Cuma jangan selepas jirus anda biarkan anak main api kat kawasan tu. Nanti anai-anai termasuk rumah anda semua akan habis sekali gus.
  5. Tembakau - Campur air dengan tembakau dan peramkan semalaman. Kemudian semburkan pada kawasan yang kena anai-anai.
Satu lagi cara pencegahan adalah, sapukan kayu atau papan kat rumah anda dengan minyak enjin hitam terpakai. Ini cara lama yang orang-orang tua kampung masih amalkan sampai sekarang.

Sebelum saya nyatakan kenapa semua petua itu kurang berkesan, elok saya kongsikan dahulu cara yang lebih profesional rawat serangan anai-anai kat bawah ni.


Kos halau anai-anai cara profesional

Berapa agaknya kos halau anai-anai dengan guna khidmat syarikat pest control berlesen?

Jumlah kos yang anda perlu bayar bergantung kepada teknik rawatan yang digunakan.

Secara umumnya ada dua jenis rawatan yang popular digunakan syarikat pest control:

  1. Teknik membuat hadangan dengan racun anai-anai
  2. Teknik menggunakan umpan anai-anai

Teknik halau anai-anai dengan racun


Sejak lama dahulu, teknik menggunakan racun sudah diguna pakai secara meluas dalam kerja kawalan anai-anai. 

Racun pula ada banyak jenis, ada yang bersifat menghalau anai-anai pergi dari kawasan yang kita mahu kawal.

Ada juga bahan kimia atau racun anai-anai yang tidak dapat dikesan oleh anai-anai yang meredah hadangan racun tersebut. Akibatnya, anai-anai yang tersentuh dengan bahan racun itu akan menemui ajalnya.

Jadi racun anai-anai juga ada dua jenis.

Yang satu menghalau dan yang satu lagi membunuh.

Walaupun jenis yang menghalau itu juga dapat membuatkan anai-anai maut, tapi oleh kerana kehadiran anai-anai itu dapat dikesan oleh mereka, ia akan lebih menghalau berbanding membunuh.

Panjang lagi perincian tentang teknik racun ini, tapi kita akan kongsikan lebih panjang dalam artikel yang lain nanti.

Secara umum, kos guna racun untuk sebuah rumah teres bergantung pada jumlah lubang yang perlu ditebuk oleh syarikat pest control. 

Jarak antara dua lubang adalah dalam lingkungan 1.5 kaki. Biasanya kalau tebuk sepanjang dinding dalam rumah, akan berjumlah dalam lingkungan 100 ke 150 lubang. Mungkin lebih banyak bergantung kepada saiz rumah.

Satu lubang akan dikenakan kos sebanyak RM12 ke RM15 bergantung pada jenis bahan kimia juga. 

Jadi kalau ada 100 lubang, anda kena bayar lebih kurang RM1200 ke RM1500.

Itu kira kos yang murah dan saiz rumah yang kecil. Kalau guna bahan kimia mahal jenis membunuh seperti Premis keluaran Bayer, anda akan terpaksa bayar kos yang lebih tinggi lagi.

Teknik halau anai-anai dengan umpan

Ini cara yang lebih terkini berbanding racun di atas tadi. Ramai yang tak suka pakai racun akan memilih cara ini. Jika anda juga jenis yang suka pelihara alam sekitar, anda perlu pakai teknik ini juga.

Kalau guna racun, anda akan lihat syarikat pest control bertauliah menyuntik masuk sebanyak 5 liter cecair racun ke dalam satu lubang. Jadi jika ada 100 lubang, akan ada sebanyak 500 liter racun terpendam kat bawah lantai rumah anda itu.

Bukan saja anai-anai, cacing yang baik untuk tanah dan apa saja hidupan lain akan mati bila kena racun yang terikta dengan tanah kat bawah rumah anda tersebut.

Jadi saintis cari cara baru yang lebih mesra alam.

Mereka gunakan umpan yang diperbuat dari bahan celulos yang amat disukai oleh anai-anai sebagai makanan mereka. Bila anai-anai ambil bawa balik umpan itu ke sarang dan kongsikan dengan semua anai-anai lain, lama kelamaan seluruh koloni anai-anai itu akan dihapuskan.

Sebab itu cara itu adalah lebih hebat dan berkesan dan lebih selamat. Anda boleh lega sebab semua anai-anai yang serang rumah anda dari satu sarang anai-anai dah habis mati.

Kos yang akan dikenakan juga boleh tahan. Biasanya anda kena bayar antara RM1500 ke RM2500 bergantung kepada besar mana saiz rumah anda tinggal. Bergantung juga kepada tahap serangan yang rumah anda dah kena.

Servis hapus anai-anai dengan teknik umpan yang berkesan. Hubungi Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat Pest Control berlesen sejak 1998. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk dapatkan pemeriksaan anai-anai percuma di rumah anda.

Petua halau anai-anai tak berkesan

Untuk maklumat, sarang anai-anai yang serang rumah itu bukannya ada kat atas tanah atau dalam rumah anda. Walaupun anda lihat jumlah anai-anai kat dalam almari itu nampak terlalu banyak

Biasanya anai-anai yang serang rumah ada koloni kat bawah tanah. Dalam satu koloni itu ada tak kurang dari setengah juta ekor anai-anai. Mereka akan buat kerja merayau merata tempat secara rawak untuk cari makan dan akan sampai rumah anda bila-bila masa.

Jadi, bila dia serang perabut atau kabinet kat rumah, hanya sebahagian kecil sahaja dari koloni anai-anai tu akan ada di kawasan itu. Majoriti besarnya ada kat bawah dan juga kat tempat lain sibuk cari makan.

Bila anda sembur atau simbah semua air campuran dari petua tradisi kat atas tadi, jika kena anai-anai dan matipun, hanya sebahagian kecil sangat yang kena. 

Banyak lagi kat bawah tu. Bila mereka lihat ramai kawan-kawan dah mati, mereka akan cabut dari kawasan bahaya itu dan pergi cari makan kat sebelah kawasan tersorok lain pula.

Jadi masalah masih tetap ada. Anda akan sedar anai-anai dah serang kat kawasan baru tu hanya bile keadaannya jadi teruk. Jadi ia bukanlah cara terbaik untuk hapuskan anai-anai.

Begitu juga jika anda dapat tawaran dari syarikat pest control dengan harga yang murah. Biasanya dalam lingkungan RM300 ke RM500 untuk sembur kawasan kena anai-anai dengan bahan kimia.

Hanya anai-anai kat kawasan itu saja yang akan mati dan yang lain sempat lari.

Begitulah lebih kurang maklumat yang perlu anda tahu berkenaan petua halau atau hapuskan anai-anai. Moga bermanfaat hendaknya !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ketahui 5 petua tradisi halau anai-anai ini dan fahami kenapa ia tidak berkesan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !