Tuesday, 27 March 2012

Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam

Posted by   on

Stowell School Bukit mertajam. Logonya masih sama
macam dulu jugak.
Aku mula belajar di sebuah Tadika yang diadakan di Balai Raya berhampiran Sekolah Menengah Penanti. Masa tu balai raya tersebut didiami oleh Pak Nge (tak tau nak eja sebutan ni, biasanya orang nama Ismail kita panggil dengan nama ni) yang merupakan pakar buat wau bulan berdengung.

Nama saja sekolah tadika, tapi aku tak ingat berapa hari aku pi sekolah tersebut. Selepas tu aku cabut lari dan tak mahu meneruskan sekolah kat situ sebab tak seronok. Pak Cik Dali yang hantar aku bersama dengan anaknya yang aku panggil Lin ke Tadika tersebut.


Hari mula saja aku ikut Pak Dali dan anaknya Lin masuk sekolah itu. Keesokkan harinya masa berjalan  pergi tadika dengan mereka, sampai di kebun getah menuju ke Balai Raya tu, aku suruh mereka jalan dulu dan aku ikut di belakang.

Pokok angsana ini masih lagi berdiri gagah, ia dah wujud sejak
 aku sekolah rendah dulu lagi dan masa tu dah besar tinggipun
Sebaik saja mereka leka aku terus menyorok belakang pokok getah. Pak Dali baik orangnya, dia pangil aku dua tiga kali dan aku buat diam saja, dia meneruskan perjalanan tanpa aku. Aku selamat dari bencana masuk pergi Tadika hari tu dan begitulah seterusnya sampai keluarga aku putus asa.

Masuk umur aku tujuh tahun aku terpaksa masuk sekolah rendah pulak. Bapak aku mungkin punya visi jauh, semua anak-anak dia dihantar masuk sekolah orang putih, Sekolah Stowell. Termasuklah aku dia hantar ke sana jugak. Masa itu abang aku dah darjah 3, jadi semua urusan hari pertama aku dilepaskan pada abang aku.

Ini bangunan kelas aku dulu. Dihujung sana bangunan kecil itu adalah kantin
sekolah masa itu. Sekarang aku tak dah jadi apa, tak nampak macam kantinpun
Begitulah caranya ayah aku melatih aku menjadi hero. Hari pertamapun dia dah lepas aku berdikari sebab tak mungkin abang aku yang baru darjah tiga tu akan mampu bimbing aku dengan baik ke sekolah nanti. Jarak antara rumah aku ke Sekolah Stowell, Bukit Mertajam dalam lingkungan 8 km dan kami kena pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

Bukan bas sekolah tapi bas penumpang biasa yang mana ayah aku telah belikan pas untuk perjalanan sebulan. Kalau tak silap aku harganya pada masa tu hanya RM3.60 saja.

Padang masih sama macam dulu, cuma rasa macam kecil sedikit. masa sekolah
dulu aku rasa macam nak mati kena lari 10 pusingan keliling padang.
Pada hari pertama aku ke sekolah aku cipta sejarah apabila terberak dalam seluar. Aku tak boleh tahan sakit perut sebab terlalu gementar dan tak tahu mana nak cari tandas. Jadi aku duduk diam atas akar pokok angsana dan berak. Selepas dah berak dalam seluar baru abang aku datang cari aku yang sedang diam tak bergerak.

Aku kena marah dengan abang aku sebab tak pergi berak dalam tandas. Aku lalu bertanya mana dia tandas, baru dia tunjukkan tak berapa jauh daripada aku. Aku mengengkang pergi ke tandas dan masuk untuk membuka seluar. Aku basuh berak, basuh seluar aku dan stokin yang terkena taik dan tunggu dalam tandas.

Nasib baik sekolah stowell masa tu ada menyediakan seluar pendek khas untuk murid yang yang terberak dalam seluar macam aku. Jadi aku rasa tak berapa malu sangat. kalau sekolah ada menyediakan seluar tentu dah ada ramai yang alami peristiwa yang sama, jadi aku bukan keseorangan. 

Cuma malangnya seluar tu warnanya biru pelik yang berbeza daripada warna seluar sekolah. Bila aku pakai masuk kelas dan balik rumah semua orang pandang pada aku dan senyum-senyum, mereka semua tahu aku berak dalam seluar hehehe.

Baru-baru ini aku sempat pergi ziarah sekolah stowell. Dah terlalu lama aku tak pernah masuk ke situ. Selepas aku tamat sekolah rendah dan masuk sekolah menengah kat sekolah menengah penanti, aku tak pernah lagi pergi ke sana, bayangkan aku masuk sekolah menengah pada tahun 1981. Aku tak mahu sambung ke sekolah tinggi bukit mertajam sebab malas lagi nak pergi sekolah naik bas.

Bangunan tempat aku belajar semasa di darjah enam masih ada lagi dan tiada perubahan, tetapi banyak bangunan lain dah hilang. Padang tempat aku main bola wakil sekolah juga masih ada, hijau dan terasa kembali siksaan berlatih di bawah jurulatih sekolah aku masa tu, Cikgu Arumugam.

Kami berlatih macam masuk askar, main bola hanya sebentar tapi lebih banyak buat latihan fizikal. Semua pemain sekolah masa tu amat fit dengan latihan yang diberikan oleh beliau. Sebab itu setiap perlawanan antara sekolah kami belasah semua sekolah lain tak kurang dari 5 gol.

Kebanyakannya akan kena antara 8 ke 12 gol dari kami sampai gurubesar nasihat jangan belasah orang teruk-teruk sangat nanti mereka tak mahu masuk pertandingan lagi. Itulah antara nostalgia yang kembali mengusik jiwa aku ketika berada id sana tempoh hari.

Pak Guard kata hari itu saja aku orang yang ke-5 minta kebenaran nak masuk tengok sekolah. Maknanya ada ramai lagi samada senior atu junior aku yang pergi hari itu untuk mengimbas kembali kenangan lama. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain....

6 comments:
Write comments
  1. kantin lama dah jadi bangunan pra sekolah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan Shubhi. Saya nak minta kebenaran untuk copy gambar sekolah tersebut untuk hari persaraan cikgu saya. Dia bekas pelajar disitu. Boleh ya?

    ReplyDelete
  3. I really appreciate your pix and write up... saya baca habe... thanks..you make me to walk back to my school soon... regards Paul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Paul for baca habis...are you from Stowell as well...which year?

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter