Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 24, 2012

Tangkap gambar pemandangan dengan adjust WB

  Mohd Shubhi       Saturday, March 24, 2012
Minggu lepas aku dengan keluarga sempat bermalam di Bukit Fraser, Pahang. Kami pergi hari selasa petang. Sampai atas bukit tu hari dah nak malam dan suhu masa tu amat sejuk sampai 14 darjah celcius.

Sebaik saja sampai hujan gerimis turun dan seluruh kawasan bukit dilanda kabus sehingga menghalang pemandangan. Anak-anak aku seronok sungguh bila keluar dari kereta dan merasai suasana sejuk gedik yang tak pernah mereka rasai.

Aku pergi cari sebuah apartmen untuk bermalam. Kebetulan masa tu hari bekerja dan tak ramai orang naik Fraser Hill jadi aku boleh pilih apartmen yang paling sempoi. Receptionist bagi aku satu bilik yang boleh lihat pemandangan bukit bakau yang indah pada balkoninya. Dia kata kalau hari penuh, orang berebut nak dapatkan bilik tu.


Jadi kami sekeluarga pi masuk apartmen tu dan memang sungguh kata receptionist tu, pemandangan memang indah tapi malangnya kabus menghalang pemandangan lebih terperinci.

Pagi esoknya aku bangun subuh dan terus tinggu kat balkoni nak tengok pemandangan waktu pagi. Time tu kabus dah tak ada dan aku boleh tengok seluruh kawasan pergunungan di depan mata aku tu. Apa lagi aku terus tangkap gambar berklik-klik.

Aku main sikit dengan White Balance, letakkan button pada cahaya incandesent untuk kasi nampak biru. aku terus ambil gambar yang selalu aku idamkan. Gambar bukit bakau berubah warnanya memperlihatkan perubahan berbagai tonnage.

Nikmati pemandangan yang aku rakamkan. Ia lebih kepada gambar seni warna daripada gambar pemandangan. Aku harap semua suka. Aku paparkan dua jenis gambar satu dari sudut mendatar dan satu lagi dari sudut menegak. Mana satu agaknya yang lebih menarik.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tangkap gambar pemandangan dengan adjust WB

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !