Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 24, 2012

Tandas awam paling mahal pernah dibina di Scotland

  Mohd Shubhi       Saturday, March 24, 2012

  • Tandas awam berharga 50,000 pound dibina di sebuah pulau terpencil Pulau Handa. Pulau itu tidak ada penghuni. Tandas diperbuat daripada besi yang direka khas untuk pembinaan tandas tersebut agar tahan goyang walaupun dilanda pukulan angin yang kuat. Tandas itu mempunyai tingkap yang membolehkan kita melihat pemandangan pantainya yang cantik sambil menyelesaikan qada hajat kita.
  • Tentu ada yang tertanya-tanya apa pasal nak bina tandas awam kalau dah tidak berpenghuni. Sebenarnya pulau itu adalah kawasan simpanan hidupan liar. Seramai 6,000 orang akan datang setiap musim panas untuk menyaksikan kehidupan liar di situ.
  • Sebelum ini setiap kali musim panas orang ramai akan menghadapi masalah melepaskan hajat masing-masing ketika berada dipulau. Terpaksa mencari kawasan tersorok sikit kalau dah tak tahan sangat dan biasanya kalau dah ada ramai orang kat situ, tiada tempat yang tersorok.
  • Biasanya orang ramai terpaksa tahan sampai menggigil untuk melepaskan hajat mereka sehingga kembali ke tanah seberang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tandas awam paling mahal pernah dibina di Scotland

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !