Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 16, 2012

Apa persamaan antara 'berniaga' dengan 'naik basikal'

  Mohd Shubhi       Monday, April 16, 2012

  • Kalau anda tanya seseorang samada dia pernah jatuh basikal atau tidak dan jawapannya tak pernah lansung, ada kemungkinan dia tak tahu naik basikal.
  • Jika kita menghadiri satu seminar atau kuliah yang disampaikan oleh seorang pendidik yang cukup hebat dan juga seorang mengayuh basikal yang cukup baik dan di dalam kuliah tersebut kita diajar tentang bagaimana mahu naik basikal selama satu minggu siap dengan slide show dan sebagainya adakah anda rasa mereka yang keluar dari kuliah tersebut akan terus dapat naik basikal dan menjadi pengayuh yang hebat.
  • Jawapannya sudah tentu tidak sama sekali. Untuk membolehkan seseorang itu mampu naik basikal perkara wajib yang perlu dilakukannya adalah dapatkan basikal dan mula belajar kayuh. Anda perlu mencuba dan mencuba untuk mengimbangkan diri anda dan dalam masa yang sama kayuh basikal maju ke depan.
  • Pada mulanya sudah tentu anda akan merasa amat sukar sekali. Anda mungkin terpaksa jatuh tak kira samada teruk atau tidak bergantung kepada cara anda mula mengayuh. Kalau anda tak sabar dan mahu terus tunjuk handal pada mereka yang sedang melihat, anda mungkin akan jatuh tersepuk menghentam dinding atau bergolek di atas batu. Jika anda sabar dan tahu di mana kedudukan, anda akan mengayuh mengikut rentak yang sesuai dengan diri anda.
  • Begitulah berterusan anda akan belajar setiap kali anda memegang basikal dan mengayuh. Setiap hari ada saja yang anda akan belajar. Semakin lama semakin jauh dan sehinggalah anda mampu membuat berbagai aksi akrobatik.
  • Walau bagaimanapun anda perlu sentiasa mengayuh, bila berhenti mengayuh anda akan jatuh, bila naik bukit anda perlu usaha kuat daripada biasa dan jika anda turun bukit anda boleh rileks. Tapi ingat! ramai orang jatuh basikal ketika sedang turun bukit, bila terlalu rileks kita leka.
  • Saya sering mendengar pertanyaan bagaimana mahu menjadi seorang usahawan yang perjaya dan di mana kita boleh belajar untuk menjadi peniaga yang berjaya. Jika anda sudah dapat tangkap cerita naik basikal di atas sudah tentu anda tahu jawapannya.
  • Tempat yang menyediakan teknik terbaik bagaimana untuk menjadi seorang usahawan adalah dengan menerjunkan diri anda dalam perniagaan. Itulah saja caranya yang membuatkan anda akan tahu berniaga.
  • Tak payahlah anda ikut dengan nasihat dari seseorang yang mendakwa mempunyai Master malah Phd dalam bidang perniagaan dan amat mahir dalam bidangnya sedangkan dalam masa yang sama dia makan gaji dan tidak pernah berniaga. Itu samalah dengan seorang yang belajar teknik kayuh basikal dengan amat terperinci sekali dan dalam masa yang sama tidak tahu dan tidak pernah naik basikal.
  • Jika anda terjumpa seseorang yang begitu jangan buang masa anda untuk mendengar nasihatnya kerana perkara mula yang akan dinasihati kepada anda adalah, untuk menjadi peniaga kita mestilah bersedia terlebih dahulu dan jangan terus terjun berniaga tanpa menyediakan diri dengan berbagai kepandaian.
  • Kalau anda nak tahu alasan itulah yang membuatkan dia, seorang pakar dalam ilmu perniagaan teori dan mempunyai Phd dalam strategik planning in business, masih lagi menjadi seorang pekerja makan gaji walaupun umurnya dah lanjut dan percayalah dia akan berterusan begitu sehinggalah dia pencen.
  • Kalau nak dengar nasihat yang betul bagaimana nak naik basikal, berjumpalah dengan seorang pengayuh basikal dan tanyalah padanya. Jika anda bernasib baik dia akan turun dari basikalnya dan berkata, " nah!, naik, saya ajar...." itu cara yang paling berkesan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa persamaan antara 'berniaga' dengan 'naik basikal'

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !