Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 16, 2012

Fakta ringkas 9/10 yang menarik tentang perniagaan - Untuk difikirkan!

  Mohd Shubhi       Monday, April 16, 2012

  • Berikut sedikit fakta tentang berniaga yang ramai dah tahu tapi mungkin tak memikirkannya secara mendalam. Mari baca dan fikirkan:
    • Nabi bersabda, 9 daripada 10 sumber reziki ada dalam perniagaan.
    • Kebiasannya 9 daripada 10 orang yang kata nak berniaga tidak akan berniaga. Maknanya dalam sepuluh yang kata nak berniaga tu hanya seorang saja yang benar-benar akan berniaga dan mungkin kurang lagi daripada itu.
    • Data statistik pula menunjukkan 9 dalam 10 mereka yang berniaga akan gulung tikar dalam tempoh 5 tahun pertama. Maknanya dalam tempoh lima tahun hanya seorang sahaja usahawan yang akan meneruskan pelayaran dalam perniagaan dan ianya belum tentu lagi selamat.
  • Apakah yang Nabi maksudkan dengan 9/10 daripada sumber rezeki ada dalam perniagaan. Apakah pula satu lagi sumber rezeki yang bukan ada dalam perniagaan. Adakah yang satu itu adalah makan gaji, apa lagi sumber rezeki yang selain daripada berniaga melainkan makan gaji?
  • Mari kita lihat apakah lagi cara untuk mendapatkan rezeki (Halal atau Haram):
    • Makan gaji atau ambil upah
    • Mendapat sedekah
    • Mencuri
    • Menipu
  • Itu kalau kita ambil makna Rezeki itu dalam bentuk material. Rezeki juga boleh datang dalam bentuk:
    • Kesihatan
    • Kelapangan
    • Ketenangan
    • Kebahagiaan
    • Banyak anak
    • Kehormatan
    • Kemahsyuran
    • Pujian
    • Dan lain-lain seumpama dengannya
  • Apa yang memusykilkan kita adalah kenapa apabila ramai yang tahu terutamanya umat Islam bahawa 9 dari 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan, terlalu sedikit yang berniaga.
  • Data jumlah kegagalan di atas yang sama dengan nisbah sumber rezeki barangkali merupakan faktor utama kenapa ramai yang lebih suka makan gaji.
  • Data tersebut juga menunjukkan bahawa dengan makan gaji anda hanya akan menghadapi satu masalah sahaja sebaliknya jika anda berniaga anda akan menghadapi 9 masalah.
  • Sama-samalah kita fikirkan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Fakta ringkas 9/10 yang menarik tentang perniagaan - Untuk difikirkan!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !