Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, April 15, 2012

Faktor pantas yang perlu diambil kira dalam kamera

  Mohd Shubhi       Sunday, April 15, 2012
Sepertimana yang aku mula cerita dulu masa mula-mula beli kamera aku main belasah saja beli, tak ada apa-apa ciri-ciri tertentu yang aku cari yang perlu ada dalam kamera. Maklumlah masa mula berkenal dengan kamera dulu bagi aku kamera adalah alat merakamkan gambar, itu saja tak lebih dari itu.

Bagi orang yang tak ada pengalaman macam aku, aku sebenarnya tak dapat melihat keadaan sebenar ketika kita sedang membidik kamera kita pada subjek yang mahu kita rakamkan. Semua tu perlu dilalui terlebih dahulu baru lah kita dapat merasakan. Kata orang bijak pandai, "Yakin dengan 'ain" iaitu dengan merasainya, itulah sebenar-benar yakin.


Maka di saat membeli kamera itu dalam tempoh beberapa lama aku masih tak dapat merasakannya lagi. Aku perlu pula paraktis ambil gambar demi gambar dalam semua keadaan. Untuk itu aku sering bawa kamera aku ke mana saja aku pergi berlebihanlah lagi apabila aku merayau-rayau melihat kebesaran Allh di bumiNya.

Ada satu ketika aku bawa keluarga pergi jalan-jalan di bumi Melaka. Lebih tepat lagi Bandar Hilir. Wah! terlalu meriah sekali Bandar Bersejarah itu terutamanya pada hari cuti. Aku bawa kamera merayau-rayau dengan anak-anak dan isteri (belum lagi isteri-isteri). Berbagi aksi aku rakam asalkan aku rasa ianya menarik.

Tiba pada satu kawasan, aku tengok ramai penarik beca berkumpul. Beca mereka siap dengan berbagai hiasan yang menarik. Mereka mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan bersiar-siar dengan menaiki beca. Aku rakam masa dia orang tengah lepak, tak ada masalah, cuma masa tu hari agak panas jadi gambar ada terlalu banyak kontras antara objek yang terdedah kepada cahaya secara terus dengan objek yang terlindung, jadi biasanya gambar lansung tak menarik secara amnya.

Tiba-tiba aku tengok sebaris pengayuh beca di depan aku menghala menuju ke arah aku dengan meriah sekali sambil membawa pemboncengnya. Aku terus capai kamera, ini cantik punya aksi, kena rakam! aku kata dalam hati. Apa lagi aku tekan suis 'on' kamera, kamera pun zzzssss keluar lensa dia terjengul dan pada saat kamera tu sedia untuk aku tekan butang klik dia, semua beca dah membelakangi aku, aku tak sempat rakampun masa mereka ada di depan melintasi aku sebab pada masa tu kamera baru tengah dok nak warm-up.

Kamera ku tu pulak bila tekan sekali klik, kena tunggu seketika untuk tekan yang berikutnya, ada sedikit delay. Jadi kalau aku tak buat keputusan terlebih dahulu mana nak rakam dalam keadaan kelam kabut, aku akan hanya menghasilkan gambar yang sia-sia.

Selepas mereka melintasi aku, aku hanya termanggu-manggu apa pun tak dapat rakam, gambar hampas saja yang aku dapat. Ok tak apa aku masih tak sedar lagi satu penemuan baru yang cukup menarik. Aku meneruskan aktiviti merayau aku sampai aku lalu berdekatan seorang pemuda berbangsa Cina yang sedang memegan kamera yang besar (masa tu aku tak tau lagi orang panggil kamera macam tu DSLR).

Aku sengaja perlahankan sedikit rentak jalan aku agar sentiasa berada berhampiran dengannya untuk mengintai barang ajaib yang ada dalam tangannya. Aku kata dia ni tentu pro gila, paling lekehpun dia bekerja sebagai jurugambar Reuters. aku perembang dengan dia klik button release pada kamera dia dan terdengar irama yang amat mengasyikkan, klik, klik, klik klik, klik.

Puyoooo! sekali tekan button tu dia rakam gambar tak henti-henti, sambil muncung lensa dia hanya mengikuti objek beca yang sedang laju melintasinya. Kalau macam ni dia tentu tak miss apa saja gambar yang dia nak rakam melainkan jika UFP melintasi depannya dengan kelajuan cahaya.

Aku dah mula faham ada satu ciri-ciri penting yang perlu dilihat dalam pembelian kamera. Kalau kita setakat nak rakam gambar objek tak bergerak yang tak kisah dengan kelajuan, maka apa saja jenis kamera boleh buat tu. Tapi kalau kita nak bersedia menggunakan kamera dalam pengembaraan dan bersiap untuk menemui serta merakamkan peristiwa menarik ,maka kelajuan adalah faktor yang amat penting.

Inilah satu lagi kelemahan yang aku jumpa pada awek pertama aku Ricoh GX200, yang walaupun aku tak suka dengan kekurangan tersebut, aki menerimanya sebab aku dah beli pun. Kebaikkannya adalah kalau aku tak beli dan mula guna dia sudah tentu sampai sekarang aku tak akan sedar faktor kepantasan merakamka gambar yang perlu ada pada setiap kamera yang kita nak beli.

Nampaknya kelemahan yang ada awek pertama aku tu membuatkan aku menghargainya, pertama kerana mengajar aku kepada ilmu yang aku tak tahu. Kedua kerana membuatkan aku mula mencari awek lain yang ada keupayaan melebihi awek pertama aku dan ketiganya membuatkan aku mula merasakan apa ertinya nikmat punyai kamera yang pantas. Semakin akau sayang pada awek pertama aku semakin ingin aku mendapatkan seorang lagi awek baru yang boleh compliment awek tua aku tu..hehehe, mendalam maknanya tu ! sekadar hiburan, tapi sebenarnya realiti.

Atas dasar mengahagai jasa-jasa awek pertama aku, aku paparkan di sini hasil gambar yang aku rakamkan ketika bercengkarama berjalan berdua-duaan dengan dia, mesra sekali ketika itu. Aku buka pakaian dia, aku raba button dia sampai berklik-klik dia teruja, aku rakam gambar pemandangan khas untuk Ricoh GX200 dan tanpa dia sedari aku sudah ada azam untuk tambah satu lagi awek. Terima Kasih Ricoh GX200.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Faktor pantas yang perlu diambil kira dalam kamera

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !