Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 24, 2012

"Mengocaa" di lubuk ikan

  Mohd Shubhi       Sunday, June 24, 2012
Bagi mereka yang membesar di kampung tentu ada pengalaman tangkap ikan dilubuk, sawah atau sungai. Kalau di kampung aku dulu kami biasa tangkap ikan dengan 'menimba' sampai air kering dan kemudiannya mula 'menggagau' untuk menangkap ikan. Aktiviti ni cukup seronok sebab dapat main selut dan tangkap ikan sekali gus. Kadangkala menggerunkan juga bila silap gagau kena ular tudung selar tetapi setakat pengalaman aku masa kecil dulu belum pernah lagi gagau kena ular, setakat tarik keluar belut biasalah.

Di Negeri Sembilan aktiviti yang sama mereka panggil 'mengocaa'. Mungkin dari perkataan kocak yang mana kita keringkan air sungai dengan membuat sekatan sampai air cukup cetek untuk mula menagkap ikan. Bila air cetek, kita kocak-kocak air tu untuk kasi ikan pening sampai letih dan mula timbul supaya mudah kita tangkap.

Baru-baru ini aku sempat merakamkan aktiviti 'mengocaa' atau dalam bahasa kampung aku 'menggagau' ini di Kem Rumah Bukit, Kenaboi. Tempat yang sama kami masak nasi dan ayam dalam batang buluh. Semua ini dalam program yang kami susun khas untuk wartawan yang mahu membuat liputan terhadap aktiviti survival yang ditawarkan di pusat riadah dan santai di sekitar Kenaboi.


Walaupun projek menggagau atau mengocaa ini tak berapa real sangat sebab kita sengaja melepaskan ikan ke dalam lubuk sebelum mula menangkapnya, tetapi keseronokannya sama sahaja dan mampu menimbulkan kembali rasa nostalgia zaman kanak-kanak di kampung. Bagi mereka yang beranak dan membesar di bandar sudah tentu ini merupakan satu pengalaman besar yang tidak pernah mereka rasakan. Kat Bandar cuma ada longkang dan Sungai Klang yang ada tak siapapun yang mahu mengocaa.

Hari itu wartawan juga turut sama terjun ke dalam lumpur menyertai yang lain mengocaa. Memang tak best kalau setakat duduk kat atas melihat saja. Geram bila tengok ikan dengan selamba melompat melintasi badan  untuk melepaskan diri dari tertangkap. Nampak dari darat macam senang saja, kalau nak tahu senang atau susah kenalah terjun bergelumang dengan selut.











logoblog

Terima Kasih kerana membaca, "Mengocaa" di lubuk ikan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !