Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 16, 2012

Kolam air panas di Kenaboi, Jelebu

  Mohd Shubhi       Saturday, June 16, 2012
Siapa sangka di Kenaboi, Jelebu ada kolam air panas. Kalau tak ada orang yang bawa pergi tentu kolam itu hanya diketahui di kalangan orang asli yang tinggal di kawasan tersebut saja. Saya berpeluang pergi ke kolam air panas tersebut baru-baru ini dan sempat mencelupkan kaki ke dalam air panas tersebut. Air ada berasap sedikit menunjukkan yang airnya memang panas.

Petua dari orang yang membawa kami pergi ke situ menasihatkan agar saya masukkan dahulu setakat buku lali beberapa lama kemudian barulah direndam sehingga ke tahap betis atau lutut. Rasanya agak panas tetapi masih boleh tahan dan rasa sedap serta melegakan. Nasib baik kami ke sana hanya untuk menunjukkan kolam itu pada 2 orang wartawan yang turut serta, jadi tak boleh lama kerana ada lagi tempat lain yang perlu ditunjukkan. Kalau tidak sudah tentu saya akan terus berendam keseluruhan badan di dalam kolam air panas tersebut.

Kelihatan punca air menerjah keluar dari bumi di dasar kolam air panas itu. Air yang keluar tidak berhenti itu amat jernih sekali dan berhimpun dalam kolam yang tidak berapa besar di kepung oleh batas kecil dan di hias olah dedaun serta kayu yang jatuh di tepi kolam. Keaslian jelas kelihatan tanpa ada sedikitpun pengubahsuaian buatan manusia seperti kebanyakan kolam air panas di tempat lain.

Air dari kolam air panas itu seterusnya mengalir keluar perlahan menuju ke jeram yang berada tidak jauh daripadanya. Jeram itu juga memang cantik dan masih dara. Tak ada ramai orang yang tahu sangat kawasan tersebut. Selepas berendam di kolam air panas, keluar rehat sebentar di luar untuk melegakan urat-urat saraf, kita boleh terjun pula masuk ke dalam jeram yang airnya amat sejuk serta mengalir dengan deras.


Untuk pergi ke kolam air panas itu, anda boleh pergi ke jeramgading.com untuk menginap di resort tersebut dan mereka boleh uruskan anda ke sana. Elok di lakukan secara berkumpulan sekurang-kurangnya 5 orang untuk lebih menyeronokkan. Kenderaan ada di sediakan untuk membawa anda masuk ke sana.
Lorong masuk





logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kolam air panas di Kenaboi, Jelebu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !