Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 12, 2012

Kembara Malaysia masuk hutan malam pertama

  Mohd Shubhi       Thursday, July 12, 2012
Tempat ni sering dilanda kepala air, sebab itu balak bersepah tenggelam
dalam dasar sungai

Kami sampai dalam lingkungan pukul 5 petang. Bagi kawasan berhutan, waktu sebegitu sudah lewat. Nasib baik kami selesaikan solat Asar ketika solat jumaat di masjid tadi yang kami buat sebaik saja beri salam kedua, kami bangun untuk menyambung jamak solat asar. Kalau ada yang nak tahu boleh ke?, jawapannya adalah harus. Jadi kelapangan itu kami gunakan dengan segera untuk membina perkemahan tempat beradu bila gelap nanti. Masing-masing dengan pantas cari kawasan dan bina khemah.


Semasa sibuk mencari kawasan aku terlihat tahik gajah bersepah di sebelah tebing tinggi sungai. Aku lalu lalang di situ dan aku pasti itu taik gajah. Nak sebut takut ada yang akan penampar mulut aku kerana celupar, namun tak payah nak terangkan bagaimana aku boleh tahu itu tahik gajah. Dan tak jauh dari kawasan longgokan taik gajah itulah aku bersama dua orang lagi kawan buat keputusan untuk pacak kemah. Alasannya adalah berdepan dengan sungai dan lagipun kami bawa Generator yang mana wayar sambungan lampu boleh sampai dari khemah pusat memasak hingga ke tiang kemah kami. 
Ikan disiang untuk makan malam
Kumpulan yang paling pantas buat kerja adalah kumpulan penyelam penembak ikan. Sedar-sedar mereka dah lesap hilang. Seorang lagi yang kaki memancing juga cukup pantas. Sedangkan kami bertiga masih terhegeh-hegeh cari kayu, ikat dan naikkan khemah, mereka sudah selamat melayan kegemaran masing-masing. Apapun kami bertiga tak kisah sangat sebab satu perkara yang kami sama-sama berkongsi adalah 'tak ada apa-apa agenda melainkan untuk duduk saja dalam hutan, memancingpun tidak menembakpun tidak, jadi kami relaks dan ambil masa asalkan khemah siap sebelum masuk waktu magrib.
Hero (berbaju hitam) kami sedang memasak
Setelah siap khemah dinaikkan kami duduk sebentar melepaskan lelah, tiba-tiba kawan aku taukeh Majalah Era Muslimah menjerit menudingkan jari pada arah celah anak jari kaki kiri aku. Masyallah! pacat hutan yang dah gemuk sebesar ibu jari melengkuk dengan aman hisap darah aku. Patutlah aku rasa gatal-gatal, tapi tak perfikir pulak nak tengok kat situ, maklumlah sibuk buat khemah. 
Ikan sungai yang di goreng rangup sampai boleh makan tulangnya
Aku terus tarik pacat bedebah tersebut dan campakkkannya ke tanah. Darah mula meleleh tak henti-henti antara celah jari kaki aku. Itu yang lecehnya dengan pacat ni, setakat hisap darah saja tak apa lagi, tapi bila dia belah, darah kita sentiasa mengalir keluar tak henti dan lebih parah lagi pacat hutan ni gatal teramat. Berdenyut-denyut rasa gatal pada bekas gigitannya. Aku cuba cari daun jepun untuk hentikan pendarahan tapi tak jumpa dalam hutan tu. Aku ambil daun kapal terbang saja yang ada dan balut serta sumbat pada kawasan lelehan darah. Aku kepitkan dengan jari dan pakai kasut. Aku biar begitu tanpa perdulikannya lagi.
Melepak dan berbual sambil tunggu masakan siap
Masuk waktu magrib, aku dan kawan solah berjemaah. kami himpunkan sekali Magrib berserta Insya. Itu kemudahan anegerah Tuhan, rugi besar kalau tidak digunakan dan aku tak paham kenapa ada sesetengah orang yang menolak keharusan bersolat jamak dan qasar ketika bermusafir itu. mungkin puak tu tak pernah masuk hutan dan asyik terperap dalam kampung saja kot. Bagaimana kami tentukan arah kiblat?, mudah saja petuanya, aku buka beg dan keluarkan kompas kiblat yang aku beli di Giant Seremban terus dapat arahnya hehehe!
Sibuk menumis
Selesai solat, mandi dan bersalin pakaian, kami berkumpul di tempat hero memasak. Geng tembak ikan telah membawa naik sejumlah ikan yang banyak dari sungai. Memang mereka ini amat mengkagumkan, tengah malam gelap dan tempat baru macam tu mereka selamba saja terjun dan selam memburu dan menembak ikan. kalau aku, diupahpun aku tak akan buat. Lauk buruan itulah yang dijadikan hidangan makan malam kami pada malam pertama tersebut. Memang kami tak bawa apa-apa lauk melainkan beberapa keping daging kambing di Giant Seremban tadi. Besar kami menaruh harapan pada penembak dan ternyata tidak sia-sia.

Sambal tumis akan sungai. Dalam hutan masak apa saja jadi sedap.
Sepanjang pengalaman berkempen tak kira di mana saja, biasanya kita akan kemaruk makanan dan berasa amat lapar. Jadi masaklah apa saja akan terus di sumbat masuk perut, asalkan kenyang. Tapi pujian harus diberikan pada chef hero memasak kami. Masakannya memang cukup terasa dan sedap sekali. Tak pernah ada belen tertinggal dalam periuk habis akan dijilat bersih. Apa lagi ikan-ikan sungai semuanya fresh belaka.. ceritapun tak guna lazat berkhasiat.

Sabar menunggu masakan
Mandi sungai. Terlupa bawa gayung, sebagai ganti hero kami gunakan
senjata utamanya...periuk hahaha
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kembara Malaysia masuk hutan malam pertama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !