Thursday, 12 July 2012

Bolehkah jadi pemimpin walaupun anda tak tahu apa-apa?

Posted by   on

Bila aku lihat sesetengah pemimpin, kadangkala aku hairan macam mana dia boleh berada di atas dan memimpin sekumpulan pengikut yang besar. Pemimpin seperti itu kebanyakan masanya main belasah sahaja bercakap dan aku yakin dia sendiri tak paham apa benda yang dia sedang bercakap itu, apalah lagi mereka yang mendengarnya. Tapi bila copong mikrofon dihulurkan pada para pengikutnya maka akan kedengaran ayat seperti..."ucapan yang paling hebat yang pernah saya dengar...." dan komen itu di siarkan di seluruh negara.


Macam mana boleh jadi begitu dan soalannya adakah seseorang itu boleh diangkat menjadi pemimpin walaupun dia sendiri tak tahu apa yang diperkatakannya setiap kali dia berucap. Kalau pem,baca nak tahu ada kajian telah dijalankan terhadap fenomena ini. Kajain tersebut memberikan jawapan "YA", anda boleh memimpin walaupun anda tak tak tahu apa-apa! Bagaimana caranya?:

Caranya mudah sahaja. Setiap kali anda berkumpul atau bersidang beramai-ramai dengan kumpulan anda pastikan anda:

  • Menjadi orang pertama yang bercakap
  • Bercakaplah dengan bersemangat dan penuh yakin
  • Bercakap banyak-banyak kalau boleh jangan berhenti.
  • Buat kesemua perkara di atas setiap kali ada peluang berkumpul.
Ok!, ternyata apa yang aku sangkakan betul selama ini. Kebanyakan pemimpin bukannya bagus sangatpun malah bersepah para peniaga di pasar malam yang jauh lebih baik dan hebat dari segi keupayaan dan kemahiran berbandingnya, namun malangnya ramai yang hebat-hebat ini tidak menyertai sebarang perkumpulan. Jadi bagaimana mereka kan menjadi orang pertama yang bercakap, dan bercakap dengan yakin dan sentiasa bercakap. Lalu terangkatlah seorang yang tak tahu apa-apa jadi ketua semata-mata kerana dia selalu jadi yang pertama bercakap, dia berlakon confident habis dan dia sentiasa bercakap dan bercakap...hahaha!

Kalau tak percaya apa yang aku tulis kat atas beli dan baca buku The Invisible Gorilla: How Our Intuitions Deceive Us

2 comments:
Write comments
  1. Bdsrkan pemerhatian saya sndiri..mmg betul..sesiapa yg mendominasi perbualan, dia akan berada di barisan hdpn. itulah kuasa komunikasi.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter