Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, March 21, 2013

Tukang urut handal Jelebu: Haji Man Gua

  Mohd Shubhi       Thursday, March 21, 2013

tukang urut

Dah lama aku tak turun main bola, bola padang pun tidak, futsal pun tidak. Sejak sakit lutut dua bulan sudah akibat main futsal aku berhenti terus. Kononnya untuk rehat dan pulihkan semula kesakitan.


nasi lemak karak

Ahad baru-baru ini, aku turun main bola di padang. Nak cuba keadaan lutut aku yang sakit itu. Bila bermain ternyata aku sudah tak boleh tendang bola macam biasa. Setiap kali buat tendangan, rasa sakit. jadi aku hanya main relaks sekadar nak keluarkan peluh.

kedai nasi lemak karak

Aku berhenti awal dan rehat. Macam-macam sakit terasa dan aku berazam untuk pergi jumpa Haji Lugua yang diceritakan oleh rakan sepermainan tadi. Katanya Haji Lugua cukup terkenal membetulkan segala masalah anggota badan dari kaki sampai kepala.


Dia merupakan seorang tukang urut berbangsa Cina Melayu yang membahasakan dirinya sebagai Gua. Bila dia panggil orang lain akan digunakan gantinama Lu.

Nota: Haji Man adalah berbangsa Melayu - penulis mohon maaf atas kesilapan awal ketika menulis sebelum mengenalinya betul-betul.

Dengan sesiapa saja dia akan gunakan Lu dan Gua termasuklah pada anak serta isterinya. Dari situlah melekat namanya sebagai Haji Lugua!

Pada hari Isnin aku bersama dengan seorang kawan terus bertolak awal pagi menuju ke Lebuhraya Karak.

Itulah petua yang diberikan pada aku. Kebetulan kawan yang pergi bersama tahu ada sebuah kedai nasi lemak sedap di Pekan Karak. jadi kami bertahan tak bersarapan sehinggalah sampai ke Pekan Karak sekitar pukul 10 pagi.


Kedai nasi lemak tersebut berada di sebelah kanan jalan jika anda datang daripada lebuhraya karak. Ia berada betul-betul bersebelahan dengan balai bomba pekan Karak.

Masa kami sampai kelihatan beberapa pegawai bomba sedang lepak bersarapan di kedai tersebut.

Aku makan nasi lemak berlaukkan telur goreng dan sekeping sotong. Dipasangkan dengan secawan Nescafe panas aku mula menyuap nasi masuk ke dalam mulut. Ahhhh! memang sedap secukup rasa. Aku makan sampai licin.


Kawan aku pulak ambil sepinggan nasi lemak berlaukkan telur goreng dan ayam goreng. Dia minum secawan milo panas.

Habis licin kami makan dan aku bangun membayar. Harga kesemua itu hanyalah RM11.80 sahaja.

Aku rasa ia amat berpatutan. Kalau pembaca ke Pekan Karak waktu pagi, jangan lupa singgah di kedai tersebut.


Aku ada paparkan gambar rupa kedai dan juga rupa makanan yang aku makan hari itu untuk tatapan pembaca.

Sebelum beredar aku bertanya pada tuan kedai bagaimana nak ke Durian Tipus. Itu nama tempat di mana Haji Lugua berada sebagaimana yang dipetuakan pada aku.

Tuan Kedai suruh kami teruskan ke depan dalam 300 meter (kalau tak silap) sehingga terjumpa balai polis. Selepas balai polis ada satu simpang ke kanan yang boleh membawa kita ke Kuala Pilah. Ikut jalan tersebut terus sehingga berjumpa dengan Kampung Durian Tipus. Haaa! mudah saja petuanya, insyallah tak sesat.

Kami beredar meneruskan perjalanan menuju ke Durian Tipus. Hampir tengahhari kami akhirnya sampai ke sana. Rupanya dah masuk sempadan Negeri Sembilan daerah Jelebu. Orang sana dah cakap negori bila aku turun di depan sebuah kedai untuk bertanyakan di mana rumah tukang urut pada seorang makcik.

"Ooo Haji Lugua!", katanya, aku tak sebutpun nama Lugua tersebut takut kalau-kalau ia hanyalah panggilan kawan yang beri petua pada aku. Rupanya memang semua orang kampung panggil dia dengan nama tersebut.

Jika anda sampai dari Pekan Karak tadi, terus sehingga terjumpa Papan Tanda Kampung Durian Tipus. Ada pekan kecil sangat di simpang kiri. Masuk kiri ikut jalan tersebut sehingga berjumla dengan Kampung Jerang. Ada sebuah pondok polis di situ.

Selepas pondok polis itu ada satu lorong ke kiri di sebelah Masjid Kpg Jerang. Masuk ke lorong kiri itu. Selang dalam 6 buah rumah sebelah kiri anda akan bertemu rumah Haji Lugua

Ada tanduk kerbau besar tergantung pada dinding rumah Haji Lugua. Ketika kami sampai ada pesakit sedang dirawat dan masih menunggu. Kami jadi orang yang ke-4 untuk dirawat jika kesemua mereka habis. Tak tau berapa lama perlu menunggu.

Untuk hilangkan kebosanan aku berbual dengan seorang Pakcik sedang duduk dibangku luar rumah membaca surat khabar. Dia datang dari Johol untuk merawat Isterinya. Dia menunjukkan isterinya di dalam sedang terbaring tidak bergerak. Wah terus sakit isterinya itu.

Katanya dia dah berjumpa dengan banyak tukang urut, satupun tak ada kesan. Doktor kata isterinya mengalami masalah saraf yang membuatykan dia kaku tidak bergerak. isterinya sebelum ini kaku keras.

Selepas dia bawa berjumpa Haji Lugua kali pertama, isterinya nampak banyak perubahan. Dia boleh bergerak dan tidak lagi keras anggota. Ini merupakan kali kedua dia bawa mengurut dengan Haji Lugua.

Aku tengok seorang lagi pesakit sedang duduk masam mukanya. Pakcik itu nampak sakit dan tidak ceria. Dia lumpuh sebelah kiri anggota badan tak boleh berjalan. Seorang makcik pula keluar selesai dirawat. Dia terpaksa berjalan dengan sokongan tongkat.

Aku melihat semua itu dan pakcik itu mungkin perasa apa yang aku fikirkan dengan selamba berkata, "Yang datang ke sini kesemuanya barah-parah belaka, kritikal...!". Aku diam saja. Rasa malu pulak aku sekadar sakit tumit kaki dan lutut sanggup datang dari jauh.


Ringkasnya setelah selesai semua, tiba giliran aku. Aku masuk ke dalam bersama kawan. "Lu apa kena?" tanya haji dengan brutal. Aku tunjukkan bahagian tumit kaki kiri dan lutut yang sakit padanya.

"Lu baring..." perintahnya. "Mau tukar pakai kain ke?", tanya aku kembali, "tarak payah tukar-tukar, lu baring itu macam saja", katanya.

Aku terus meniarap dengan berseluar jeans kodroi dan dia mula perbetulkan kaki aku.

Haji Lugua tak pakai minyak aatau apa saja. Dia membetulkan keseluruhan sendi aku dari hujung jari kaki naik ke atas ke hujung tangan sehingga hunung tengkot. Meletup-letup semua tulang serta sendi aku semua dibetulkannya. kasi buat alingment satu badan kata Haji pada aku.


Kata Haji semua kesakitan yang aku kena disebabkan oleh alingment yang tak betul membuastkan segala urat saraf serta otot terhimpit sertya kejang.

Jika dibiarkan tak buat maintenance, lama kelamaan macam-macam penyakit datang.

Banyak benda yang tak betul sebelum ini Haji betulkan. Tangan aku yang tak boleh genggam rapat jadi sedap digenggam semula. kaki tak boleh lipar rapat jadi elok semula, lutut lega dan naik tangga jadi selesa semula.

Wah!!! aku nak pergi sebulan sekali. Ada lagi yang masih terasa. Haji kata mana boleh buat sekali lega kesemua.

Lu mau sabar, kata haji pada aku. Selesai semua urusan kami Haji berborak panjang dengan aku, macam-macam aku tanya dan dia tak lokek menjawab apa yang diketahuinya dengan pelat cina yang masih tak habis.

Kemudiannya dia ajak aku pergi melawat perusahaan buat parang di kampung sebelah. kawan kampung yang buat katanya.

Haji kata aku orang seni sebab bawa kamera dan ambil gambar. Jadi tentu berminat tengok cara buat parang dan pisau tradisi. Aku setuju saja dan kami nasik kereta pergi bersama...

Tentu ada yang bertanya berapa bayarannya. Haji Lugua tak kenakan apa-apa bayaran. Dia macam tak peduli sangat samada orang nak bayar atau tidak. Biasanya orang akan beri 2 atau 3 puluh ringgit bila bersalam nak balik....

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tukang urut handal Jelebu: Haji Man Gua

Previous
« Prev Post

79 comments:

  1. salam adik,
    boleh beri alamat/ no.telephone hj Lugua,
    pakcik nk kesana merawat bahu yg dah bertahun tahun sakit.blh email / sms . awe 0179168110 / awekhan@gmail.com
    kerjasama adik amat di hargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak ambil pulak no telefon Haji. Biasanya orang walk-in saja. Saya boleh berikan cuma Nama Kampung Durian Tipus, Jelebu Negeri Sembilan. Jika tinggal di KL atau Selangor, saya rasa pergi ikut Empangan Semenyih menuju ke Kuala Klawang Jelebu lebih dekat...Kalau nak senang ikut petua yang saya tulis kat atas.

      Delete
    2. btul ke no hp hj lugua tu...

      Delete
    3. Betul dah tu.... dtg terus je mudah bahasa...

      Delete
  2. salam bang lutut sakit memang hilang ke dengan haji lugua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nak cakap. Saya sakit sendi kat lutut, bukan kepala lutut. kalau cecair pelincir bawah kepala lutut tu yang kering, rasanya Haji Lugua angkat tangan...

      Delete
    2. ok bang jazakallah for the info, insyallah saya cdg nak ke sana.

      Delete
  3. Berikut maklumat dari sahabat lain yang pernah ke sana:

    Slm. Sy pernah p sana ikut bruas damn syabas & balik ikut bkt tangga. Cuba try no tel ni 0196091214 dia mantion nama dia hj man. What ever name la. Janji jln betul.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Ada bomoh patah atau guru silat yang handal mengurut Kat pulau Pinang tlg mintak info sikit

    ReplyDelete
  5. Tomzone,
    Kat Penanti dulu ada Bomoh patah handal, tapi sayang dah meninggal tak ada pengganti. Setakat ini masih tak dengar lagi yang pandai mengurut.

    Tapi ada seorang bomoh patah di Jarak. Rumah dia sebelah stesen petronas. Orang panggil bomoh air sejuk. Cuba cari tengok

    ReplyDelete
  6. Salam.. boleh bagi, GPS nya direction.

    ReplyDelete
  7. Tkasih Saudara MSA....krna berhati mulia untuk share. ALLAH jua akn mmbalasnya...aameein ",)

    ReplyDelete
  8. Dia melayu ..bkn cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun.....tngok bendera kt umah dye...

      Delete
  9. Hj Lagua ni bolih ke urut org pompuan. ? So sape-sape yg ada masaalah slip-disc dia bolih buat kee?.minat pandangan tuan-tuan. tk

    ReplyDelete
  10. Salam. Haji LuGua boleh urut perempuan, tak jadi masalah. Tak perlu bawa kain batik dan sebagainya sebab Haji LuGua tak pernah minta org yang nak berubat untuk salin pakaian, boleh pakai apa jua jenis pakaian seadaanya. Lebih elok, jika yang nak diurut itu wanita turut sama bawa pasangan, suami/kakak/emak masuk ke bilik urut. Segala masalah berkaitan tulang temulang & sendi boleh diurut Insyaallah. Beliau bukan seorang bomoh, lebih kepada physiotherapist. Saya sendiri seorang perempuan selalu berurut dgn beliau :)

    ReplyDelete
  11. NAMA PENUH BLIAU ADALAH HAJI OSMAN BIN HAJI TAHAR,TOTTALLY MUSLIM..HEHE..JUST 4 INFORMATION..=)

    ReplyDelete
  12. GPS N3°7'46.0" E102°14'48.8" atau
    N3°7.767' E102°14.813' atau
    N3.12945° E102.24688° pilih satu antara 3 INI mengikut format GPS masing2. Klu GPS anda tak update mungkin lorong INI tiada ini alamat gps depan rumah beliau. Yg penting mesti jumpa pondok polis yg tiada dlm GPS Dan belok kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya dapat mencari lokasi dengan mudah bila menggunakan gps. saya pergi hari sabtu. sampai di rumah tuan haji jam 8.30am, jam 4.30pm baru sampai giliran saya :). tapi alhamdulillah mmg berbaloi menunggu lama.
      nizam zailan

      Delete
  13. Assalamualaikum. Nama kg tu Kg Jerang. Kalau dari KL, terus ke Seremban➡Kuala Pilah➡Batu Kikir➡Simpang Durian. Dari Simpang Durian dah dekat sgt dgn Kg Jerang ni. Tanya lah org kat Simpang Durian tu mintak tunjukkan arah rumah ManLuGua.

    ReplyDelete
  14. Lau npak bendera jepun 2 umah dye lh 2.....

    ReplyDelete
  15. di Equine Park, Seri Kembangan juga ada seorang yang pakar dalam urut sebegini. urut tak perlu buka pakaian, semua sendi di servis semula. kebanyakkan yang datang mereka yang sakit slip disc betahun tahun, insyaAllah sembuh. boleh cuba call 0193883258

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha! menarik tu, boleh cuba nanti. Terima kasih berikan maklumat!

      Delete
    2. boleh bagi detail tak... nama pakar urut tu... alamat dan sebagainya.. tq

      Delete
    3. tak pi lagi, nanti lepas cuba akan update

      Delete
    4. Yg pakcik urut kat seri kembangan tu ape nama ye?mohon pencerahan..kaki terseliuh, susah nak jalan

      Delete
    5. anon 1;24, ada nobor tu call saja dan buat temu janji, terus pergi, nanti dapat ler namanya...cadangan saya ler...! tq

      Delete
  16. da pnah try ni.mmang best.terbaeeekkkkk!!!!

    ReplyDelete
  17. Kalau nak bermalam kat Kg Jerang tu ader homestay. Boleh kol Arip@ 0136653646. Sbb sebelum ni ader yg check in kat Kuala Klawang.

    ReplyDelete
  18. Sy br pegi semlm. Memang best la. 0196091214

    ReplyDelete
  19. Salam, saya nak tanya, kalau hari sabtu biasanya ramai ke orang? ke lebih baik pergi week day?

    ReplyDelete
  20. Utk mkluman, hj tu bkn bbangsa cina. Ad sdikit cmpuran darah cina di sebelah ibu beliau. Ayah hj tu org melayu. Asal juasseh. Kbtulan ayah hj tu sndiri mukanya chinese look. Hj dh crita smua pda saya. Tp dia kta lantak dorg la ha3

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..nak tanya..kalau stroke haji ni boleh urutkan tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi cuba. Memang ada ramai kena stroke pergi mengurut kat sana

      Delete
  22. Ni luar Dari topik..ade sape x yg knal Pak cik Norsalim kt cne
    ..nk mnta address dia...dpercayai org kg Ni tp Sy gagal nk jejak...

    ReplyDelete
  23. Org kampung saya ni..huhu..wife sy pon pnah urut dengan die...sbb skit lutut..time tu cme urut lutut jela...x sampai 10minit urut lutut..trus rasa ok...jalan pon x sakit dah..

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. Salan hj man gua ni masih buat urut sendi lagi tak?

      Delete
    2. Ya, masih ada. Boleh cuba pergi terus

      Delete
  25. Bilo maso plak man gua ni cino.... sodap tangan lu org jo tulis...aduyai ni lah etika penulis2 laporan bodoh kek malaysia... siasat lah dulu betul2 baru tulis.... tang kocik gua kona man gua ni xdo plak dio ado nama cino...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf atas kesilapan dan kebodohan di atas, saya belajar dan telah betulkannya. Terima kasih sudi maklumkannya. Jazakaullahu qaira.

      Delete
  26. POK DEK KAULAHHH......YG HEBAT TETAP HEBAT PADA HASILNYA BUKAN NAMA NYA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa faham teguran yang tuan berikan. Boleh tolong jelaskan lebih lanjut supaya ada manfaatnya. Terima kasih komen

      Delete
  27. Salam. Boleh bagitau jadual hari berurut..atau tiada off day?

    ReplyDelete
  28. Perlukah buat temujanji sebelum dtg, terutama hari ahad untuk dapatkan rawatan hj man (lu gua)?

    ReplyDelete
  29. SyukurAlhamdulillah.. bru balik dei ruma haji lugua petang tdi.. servic terbaik.. lega sakit urat belikat dan lutut..

    ReplyDelete
  30. tp skg haji tu pkai sistem tulis nombor atas buku.. nombor nama dan alamat.. klau dlu dia main ingat je.. skg ok sikit.. dtg rumah haji lugua.. tulis nama.. dan mna yg x sarapan lg tu p la makan dlu.. td p sarapan dkt kdai makan sblah petronas tu.. boleh tahan juga nasi lemak ayam dia.. hihi

    ReplyDelete
  31. As slm..mcm saya baru sj inject epidural alternatif kpd elakkan operate tulang belakang disebabkan Slip Disc..jadinya xde masalah ke klu sekiranya Haji tu membetulkan tulang blkg saya akan ade effect x pada saraf sy yg tertindih oleh tulang2 blkg sy yg sengget..mohon pencerahan kpd sesiapa yg telah pergi berubat dgn Haji Man..tq

    ReplyDelete
  32. den penah berurut dgn haji ni.. doc ckap ada disc yg terkeluar skit dari tempat asal dia..terjadi sebab eksiden kereta, kene hentam dari belakang dan masa tu tak pakai seat belt hehe (jgn tiru aksi ini ).. doc ckap mmg takleh masuk dah kat tempat asal dia.. den tak puas hati dgn jawapan tu..

    jadi den direct pegi jmpa haji..ride motor je dari johor.. smpai sana den giliran yg ke 10 tak silap.. lepas haji tanya apa masalahnya..dia pon mulakan rawatan.. alhamdulillah den pegi skali tu je..dah takde sakit2 dah smpai skang.. boleh bermain badminton mcm biasa (nak ganti chong wei hahaha)

    ReplyDelete
  33. Lah... lama duk cari orang pandai urut... nak bawa mak saya yang sakit urat, bekas patah kaki & lutut terkeluar.. tapi, dia kat Penang, kalau ada yang pandai urut kat kawasan utara lagi baik, sbb mak saya tak boleh jalan sgt, guna tongkat 4 & kerusi roda... terima kasih atas info2 yang amat berguna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tukang urut sebelah utara sana. Cuba cari kat Mahang !

      Delete
    2. Akamak, saya terlupa langsung pasal hj man ni, terima kasih reply, tp itulah, saya duk cari2, dpt la sorang tukang urut wanita kat Dengkil, appointment Isnin ni, tp caj dia caj mcm kat medan mara ikut jam, dan buat appointment kena bayar deposit rm100 - bg yg pertama kali, katanya supaya appointment tu betul... hmm tp nanti nak ke hj man juga , terima kasih ya encik...

      Delete
  34. Saya br je balik dr rumah haji lugua mmng terbaik la terua terang saya kata kan berbaloi saya g sana abis semua tulang kaki saya dia betul kan dr ssh nak jalan terus leh jalan...haji mmng lawak orng nye nie tempat urut pertama saya pergi yg boleh bergurau senda hisap rokok layan astro borak2 mcm dah lama kenal pada hal baru first time datang..bila mai saya jng la kedekut sangat bila hulur ye....

    ReplyDelete
  35. Sesiapa yg pernah buat rawatan utk slip dics, sakit tak rawatannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih baik pergi buat fisioterapi pada yang berkelayakan untuk masalah slip dics tu...

      Delete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lokasi waze dari halaman rumah hj man lu gua https://waze.com/ul/hw289y9tv7

      Delete
  37. Salam...mcm sy ada masalah tulang kipas belah kanan mcm terkeluar skit..tulang mcm lari kot..tp benda ni rasanya dah lama.dah bertahun2 sbb masa remaja dulu kerap jatuh motor n basikal...agak2 boleh betulkan tak tualng kipas tu bg masuk balik

    ReplyDelete
  38. Salam...mcm sy ada masalah tulang kipas belah kanan mcm terkeluar skit..tulang mcm lari kot..tp benda ni rasanya dah lama.dah bertahun2 sbb masa remaja dulu kerap jatuh motor n basikal...agak2 boleh betulkan tak tualng kipas tu bg masuk balik

    ReplyDelete
  39. En.sabri boleh bagi no.tel dan alamat tuan haji tu. Ada lagi ke servis urut ni? Kaki saya patah, tumit dan ligement koyak. 0122581942 zaki

    ReplyDelete
  40. Salam. Nak tanya ada tak homestay or hotel area situ? Ingat nak bermalam di situ sebab jauh.

    ReplyDelete
  41. Kalau sakit tapak.bwh kaki sakit boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Tapi mungkin ada masalah lain tu. Dah cuba mengurut seluruh badan?

      Delete
  42. terima kasih dah share story Haji Lu Gua... insyallah esok nak kesana tapi plan nak ikut kesas walau pun tau jalan tu agak jauh...

    ReplyDelete
  43. Qada cadangan untk homestay atau hotel terdekat mudah nk kt sne..sbb jauh

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !