Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 9, 2013

Naik Feri Pulau Pinang

  Mohd Shubhi       Saturday, March 9, 2013
Feri masih lagi beroperasi di Pulau Pinang sehingga sekarang. Aku bawa keluarga naik feri baru-baru ini untuk mengimbau nostalgia lama. Cuma bezanya masa aku kecik dulu sampai remaja tak pernah naik feri dengan kereta. Maklumlah orang susah, kereta itu barang mewah bagi keluarga aku dulu.

Setiap kali naik feri, aku dibawa oleh samada abang atau emak aku. kalau abang aku bawa seronok sikit sebab dia akan beli air dalam tin dan gula-gula pada kiosk kecil di atas dek feri. Sedap nak mampus rasanya minum ayer berkabonat masa tu.
Dulu orang penuh naik feri duduk di dek atas bahagian orang jalan kaki. Kebanyakannya pekerja yang tinggal di seberang tetapi cari makan di Pulau. Bila turun di Pulau, ada bermacam kedai menjual di sepanjang  lorong pejalan kaki dan yang paling top adalah buah pala jeruk.
Pada hari aku naik tempoh hari, nampaknya orang asing dari bangla dan Indonesia penuh naik feri mereka ulang alik naik turun dari dek atas ke dek bawah. Aku juga tak lepas peluang bawa anak-anak aku naik dan turun. Terkejut juga aku bila naik atas ruang pejalan kaki dicampurkan sekali dengan ruang kereta. maknanya orang yang naik kereta lebih banyak dari pada mereka yang jalan kaki.
Bagi anak-anak aku, itu merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan. Mereka sama sibuk seperti pendatang bangla dan juga indon.
Aku tak tahu sampai bila feri ini akan beroperasi. Tambahan pulak selepas ini akan ada satu lagi jambatan yang menghubungkan Tanah Besar dengan Pulau. kalau nak diharapkan pada aktiviti pelancongan, jika keadaan masih kekal macam sekarang alamat tak cukup kos menampung operasinya.
Sesuatu yang lebih menarik perlu disusun untuk menambahkan nilai aktiviti naik feri. Kerajaan negeri perlu fikirkan sesuatu bagi memantapkan lagi aktiviti pelayaran feri sehingga terkenal ditahap dunia. macam mana aku serahkan pada kerajaan negeri untuk fikirkannya. Tapi aku yakin tentu ada hamba Allah yang ada idea bernas dan mantap untuk melakukan sesuatu.






logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Naik Feri Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Aku lagi suka naik feri drpd guna jambatan.Dhlah tol tinggi, bwk kete pun memenatkan badan.Naik feri boleh gaklah beristirehat smbl hirup udara segar. Aku rasa ramai yg berpendapat begitu. Diharap perkhidmatan feri akan terus berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik seronok, beratur menunggu giliran tak seronok...!

      Delete
  2. Saya pernah sekali je naik feri ni, dgn kereta. Saya rasa ia boleh jd produk pelancongan sbb saya sendiri rasa seronok dpt naik sesekali. Maklumla kita bkn org situ kan..

    ReplyDelete
  3. KLU NAK PI TANJUNG NAIK FERI LAGI CEPAT,,,KLU IKUT JAMBATAN PASTI SANGKUT JEM.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !