Saturday, 30 March 2013

Taman di rumah - Nostalgia Bagan Dalam

Posted by   on

Bila sebut pasal taman di rumah, tersedar betapa kita tertipu dengan kemajuan di bandar. Kita biasanya beranggapan kehidupan di kampung kurang bagus berbanding kehidupan di bandar. Terutamanya bagi mereka yang tak berpeluang untuk tinggal dibandar tentu merasakan keadaan di bandar adalah serba indah.

Hakikatnya, aku rasa, apa yang terbayang dalam kepala orang kampung terhadap kehidupan di bandar sebenarnya salah belaka. Kehebatan yang cuba digembar gemburkan tentang kehidupan bandar hanyalah palsu belaka.

Orang tua-tua kampung seronok tengok suasana rumah orang bandar. kemas rapi siap dengan perhiasan lantai mar-mar, tangga pusing paquet. Bilik air kemas bersinar dipasang tile sekeliling dinding. Depan rumah ada tile terracota tersusun sampai pintu pagar dan bermacam-macam lagi perhiasan serba sedikit di sana sini.

Begitulah para developper menarik minat orang beli rumah yang mereka bina. Solek sana, solek sini wow!, cantiknya. Kalau nak bagi laku dan mahal lagi, tambah sikit porch kayu depan rumah. Boleh naikkan harga lagi RM20 ribu!.

Bagi mereka yang dah bertahun rasa suasana hidup dalam rumah batu sempit taman pasti dah sedar betapa rindunya kita suasana kampung. Walaupun rumah kampung kita diperbuat dari kayu, dan susunan binaan serta rekabentuknya tak sekemas rumah batu di bandar, tapi ada halaman luas di sekeliling rumah. Itulah yang orang bandar tak ada.

Aku teringat rumah Tok aku di Bagan Dalam dulu. Rumah kayu betul-betul mengadap Pejabat Pos yang ada sekarang. Rumah tok aku tidak di halang rumah orang lain, jadi setiap kali aku ada di dalam rumahnya, mata akan jadi kuyu tak dapat bertahan.

Sebabnya adalah angin bertiup tak henti-henti membelai tubuh seperti menyuruh aku tidur. Tambahan pulak rumah kayu bertiang tinggi itu sentiasa cuci calat tersusun rapai. Tok Teh Brunai memang cerewet dalam bab kebersihan.

Satu keistimewaan rumah tok aku ini adalah terdapatnya sebuah taman yang dia bina di sebelah tepi halaman rumah tersebut. Dia pagarkan taman itu dan hanya boleh di masuki melalui pintu bilik air rumah yang berada di bahagian depan tangga dapur. Sayang seribu kali sayang aku tak ada kamera masa tu untuk rakamkan semua gambaran ini. Aku kecik lagi, mana ada duit nak beli kamera!.

Dalam taman itu tok aku tanam beberapa batang pokok bidara. Pokok cermai, pokok pelam, belimbing buluh dan selainnya adalah pokok bunga yang berbagai-bagai. Keluasannya kalau aku tak silap sekitar 500 ke 700 kaki persegi. Ada tempat melepak di dalam taman tersebut yang diperbuat dari kayu. Disitulah tempat kegemaran untuk aku melayan perasaan.

Buah cermai, buah bidara dan buah mempelam akan jadi mangsa sebagai teman aku mengunyah. Agak susah nak panjat pokok bidara sebab ada duri pada batangnya. Tapi sebab dan cekap, aku boleh panjat juga untuk dapatkan buah yang masak.

Sedikit masalah berada di dalam taman tersebut adalah kerana ada jamban di sebelah bilik air yang membelakangn bahagian tepi taman. Bila angin bertiup segar dari laut, melalui lubang jamban, dia akan membawa sejenis bau yang masam dan busuk. Busuk taik le tu!. Tapi sebab dah biasa sangat bau jamban masa zaman itu, ia dah jadi sebati dan tak berapa menggelikan.

Sekarang aku tinggal di taman perumahan. Untuk menghidupkan semula suasana seperti itu adalah sesuatu yang hampir mustahil. Ruang yang diberikan untuk kita hanyalah sekangkang kera. Di situlah tempat nak meletakkan kerusi, tempat nak letak pokok bunga, tempat nak tanam pokok bunga, tempat nak simpan basikal, tempat anak-anak nak berlari bermain dan berbagai lagi...mana cukup!

Tapi orang rumah aku rajin. Dia kumpul macam-macam pokok bunga yang dikutip dari kampung untuk diisi memenuhi ruang taman di depan rumah. Adalah juga warna kehijauan. Depan rumah aku juga ada sebatang pokok magga, jadi adalah juga pokok buah. alhamdulillah walaupun tak dapat dibandingklan apa yang orang kampung ada.

Buat semua orang kampung yang masih mengekalkan lagi suasana perkampungan dan mengekalkan lagi struktur rumah di kampung, aku cemburu dengan nikmat yang kau orang dapat. Aku rindukan suasana itu semula...sebab itu aku bubh azam akan balik juga ke kampung, dan bina rumah serta taman bila tiba masanya nanti. Insyallah.

2 comments:
Write comments
  1. Aku tumpang bangga bila nama Bagan Dalam disebut di alam maya. Tak yg masih tinggai yg boleh membangkit kenangan lama. Pejabat pos, SKKP, titi karen, doc feri, rumah hijau dan satu satunya ikon Bagan Dalam yg masih utuh...nasi kandag Pak Aboo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama mafia bagan tu bagi orang gerun...Pak Aboo punya mee pun ok

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter