Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 26, 2013

Melaka lagi !

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 26, 2013
Selepas solat di Masjid Tengkera, sudah tentu kena masuk ke Banda Hilir sebentar. Orang dari luar macam aku kalau pergi ke Melaka tak elok lepaskan peluang untuk menjenguk sebentar apa yang dah berlaku di lokasi bersejarah bertaraf dunia seperti di banda Hilir.


Aku pergi ke pusat Bandar dari Masjid Tanah melalui Pantai Tanjung Kling, Klebang dan seterusnya masuk ke Tengkera. Banyak perubahan aku lihat sepanjang jalan. Kedai-kedai dan juga gerai-gerai kepunyaan Majlis bertukar rupa. Tentu banyak projek kelas F dikeluarkan oleh Kerajaan Melaka untuk menjayakan semua itu.

Daripada Pantai 1 Malaysia yang menempatkan muzium kapal selam sehinggalah perubahan besar-besaran yang berlaku di Banda Hilir terutamanya terhadap pusat membeli belah lain-lain kompleks di sana tentu memakan wang rakyat beratus-ratus juta ringgit.

Bagaimana mereka menguruskan projek tersebut aku tak tahu, tapi aku rasa ianya memang sesuatu yang berjaya merubah wajah Melaka menjadi salah sebuah pusat pelancongan dunia yang lebih tersusun dan boleh dibanggakan.

Banyak lagi yang boleh diperbaiki terutamanya dari segi kebersihan di sekeliling kawasan masuk ke pusat bandar. Aku tengok ada banyak villa mewah pada suatu masa dulu telah menjadi bangunan tertinggal dan terbiar seperti rumah hantu.

Kebanyaknnya adalah bangunan hebat kepunyaan taukeh berbangsa Cina yang mungkin kini anak cucu mereka telah berpindah menjadi lebih kaya ke tempat laian atau mungkin juga menjadi miskin dan tidak lagi mampu mempertahankan kekayaan datuk nenek mereka dahulu. Kalau aku wartawan, cerita ini tentu menarik untuk dikorek dan dipelajari kisahnya.


Bersiar-siar sekeliling Jonker Street dengan berjalan kaki sambil membawa kamera mengingatkan aku pada bandar-bandar pelancongan di Eropah. Suasananya agak sama dan aku terasa seperti melalui jalan-jalan membeli belah yang sama seperti di Paris, Strasbough,  dan lain-lain pusat bandar tua dunia.

Sudah tentu ada sedikit perbezaan kerana kebanyakan bandar tua pusat pelancongan di Eropah akan dipenuhi dengan artis jalanan yang mempamerkan kehebatan mereka dengan seni jalanan sambil mencari duit.

Aku sering terleka setiap kali ada persembahan Band Jalanan yang memainkan berbagai lagu Blues dan sebagainya. Begitu juga dengan artis yang memainkan peralatan muzik lama dan menyanyikan lagu-lagu tradsional. Sayang seribu kali sayang masa dulu aku langsung tak minat kamera. Semua pengalaman itu hanya dirakamkan dalam kepala otak aku sahaja tanpa boleh dikongsikan.

 Ringkasnya ada banyak lagi yang boleh dikembangkan bagi memeriahkan lagi aktiviti pelancongan di negeri Melaka. Terutamananya peranan usahawan berbangsa Melayu hampir tidak ada lansung di sepanjang kedai di Jonker Street kecuali penjual cendol di sebelah Sungai Melaka itu.

Aku tertanya-tanya kenapa hanya usahawan berbangsa Cina sahaja yang menguasai keseluruhan aktiviti perniagaan dalam industri pelancongan di Banda Hilir di kesemua kedai-kedai yang ada itu? Mana pendekar-pendekar Melayu keturunan Hang Tuah yang sering melaungkan Takkan Melayu Hilang di dunia itu, atau Melayu telah hilang di Jonker Street?




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Melaka lagi !

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !