Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 25, 2013

Singgah solat di Masjid Tengkera

  Mohd Shubhi       Monday, March 25, 2013
Kalau ke Melaka, aku tak pernah lepas untuk datang bersolat di Masjid ini. Sebab utamanya adalah kerana di tempat aku tak ada masjid seumpamanya. Aku suka bersolat di masjid peninggalan orang-orang dulu kerana ia memberikan semangat untuk berbakti pada masyarakat dan meninggalkan jejak selama yang mungkin biarpun apabila kita dah lama meninggal dunia. Itu sudah tentu satu tanda kebaikan yang besar yang telah kita alksanakan.


Kalau di Pulau Pinang, aku tak akan lepaskan peluang untuk bersolat di Masjid Kapitan Keling. Masjid itu lebih besar daripada Masjid di Tengkera ini tetapi binaannya cukup nyaman dan sejuk samada memandangnya ataupun duduk di dalamnya. Kalau waktu tengahari berbaring di situ tentu akan tertidur dek kenyamanan suasananya.
Kalau kita lihat seni bina masjid ini, ia ada gabungan Melayu , Cina dan Indenesia. Mungkin itu terjemahan keadaan masyarakat Melaka ketika itu yang masing-masing dapat menerima Islam sebagai agama tertinggi.

Masjid ini dikatakan mula dibina pada tahun 1780. Bayangkan betapa lama dan masih ada sekarang untuk kita lihat dan menggunakannya. Usaha sebegini ini cukup bagus dan pujian harus diberikan kepada masyarakat setempat yang tahu menghargai seni bina dan peninggalan orang-orang terdahulu mereka.
Aku pernah menyuarakan masalah yang berlaku di kampung aku Kubang Semang berkenaan Masjid lamanya yang tertinggal dan semakin hari semakin dilupakan begitu saja. Sedangkan masjid itu cukup banyak menyimpan sejarah buat seluruh penduduk asal di situ terutamanya aku yang membesar dan belajar mengaji sejak kecil di dalam masjid lama tersebut.

Malangnya bila dah dapat Masjid baru, masjid lama ditinggalkan sedikit demi sedikit. Kini menjadi pusat ponggokan barang tak pakai. Banyak struktur telah hilang termasuklah pintu gerbangnya yang mencatatkan tarikh ia dibina. Mereka main buka dan buang saja tanpa ada apa-apa rasa kepentingan.



Memang papan sekeping tak penting, terutamanya bagi mereka yang hanya memikirkan hal sekarang mencari sesuap nasi. Tapi bagi mereka yang suka sejarah, ini agak penting. melainkan semua orang di daerah itu rasa tak ada nila sejarah pada masjid tersebut, aku tak bol;eh nak kata apa.


Walau apapun, di sini aku paparkan pada mereka yang belum lagi pernah singgah di Masjid Tengkera ini keindahan seni binanya. Sengaja aku beri tumpuan pada benda-benda kecil untuk mengajak anda yang ke sana memberikan perhatian dan bukan setakat melihat masjid dari jauh saja.


















logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Singgah solat di Masjid Tengkera

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !