Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, June 12, 2013

Kenangan belayar

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 12, 2013
Saya dah buat posting menceritakan pengalaman belayar selama lebih seminggu sepanjang persisiran Selat Melaka. Saya tumpang kapal perikanan bersama lebih dari 20 anak kapal yang berupa pelajar yang menjalankan sesi praktikal.

Pengalaman tersebut cukup mahal. Bukan semua orang berpeluang berlayar naik atas kapal macam tu. Yang paling syok adalah semua tu dapat dibuat dengan percuma. makan minum semua disediakan. Apa yang saya perlu buat hanyalah melihat bagaimana suasana kehidupan atas kapal.

Masa belayar tu, saya baru berjinak-jinak dengan kamera. Jadi sepanjang masa saya akan sangkutkan kemera pada leher dan mundar mandir ke sana sini kalau tak mabuk laut. Bila lalu kawasan cantik saya akan snap ikut rasa sedap mata memandang.


Masa yang paling best sekali adalah apabila kapal berhenti atau berlabuh pada waktu magrib. Suasana laut cukup indah. Kosong dan penuh dengan warna yang berbagai. Itu merupakan antara saat menikmati suasana paling indah dalam hidup saya.

Sejak dua menjak ini, tak banyak sangat aktiviti mengambil gambar dapat dibuat. Jadi tak ada gambar baru untuk dipaparkan pada blog ini. Oleh kerana nak buat juga posting bergambar, saya mula membuka semula simpanan gambar-gambar lama yang cukup banyak.

Gambar pemandangan sepanjang berlayar dengan kapal perikanan merupakan antara koleksi paling banyak yang ada dalam simpanan. Sebelum ini, apa yang dipaparkan dalam posting lalu adalah gambar pilihan berdasarkan citarasa masa lalu di peringkat awal dalam dunia kamera.

Bila saya buka semula, nampaknya sudut pandang sudah agak berbeza dan pilihan gambar yang tidak sama menjadi perhatian saya.

Mungkin setelah beberapa lama ambil gambar, belek gambar sendiri dan kemudiannya belek gambar orang terutamanya mereka yang memang pro dalam dunia photography membuatkan citarasa berbeza.

Apakah citarasa atau mata melihat menjadi lebih baik berbanding masa lalu, tak dapat nak dipastikan. Apa yang saya pasti adalah kecenderungan menzahirkan diri sendiri yang sebenar di sudut seni gambar.

Bagi saya sama menulis atau mengambil gambar kita akan melalui beberapa proses yang bermula dengan belajar buat apa saja dengan mengikut apa yang orang lain buat.

Pada mulanya kita akan rakam dan rakam berdasarkan apa yang semua orang lain rakamkan.

Jika orang rakam street photography, kita pun rasa nak buat macam tu jugak. Bila orang rakam gambar makro, kita nak ikut pulak. Bila orang rakam gambar pemandangan alam, kita rasa eh eh sempoi jugak dan terus buat macam mereka.

Lama kelamaan kita akan buat dan cuba semua genre yang orang lain buat dan hasilnya kita lalui banyak pengalaman dan mula membandingkan hasil sendiri dengan hasil orang lain. Setelah puas mengikut, kita akan dapat rasakan ada yang kena dengan citarasa kita dan ada yang kita tak boleh terima.

Lama kelamaan kita mula akan membuka tirai diri sendiri satu persatu dan mula memahami citarasa diri yang sebenarnya. Kita mula fokus pada satu gaya atau citarasa yang tersendiri dan bergiat mendalaminya.

Saya tak tahu apa gaya saya sebenarnya sekarang. Tapi kadang kala dapat rasakan definasi gambat baik yang saya mahu rakamkan dan dapat rasakan sendiri spesifikasi untuk nedapatkan gambar tersebut. Mata mula melihat sesuatu dengan sudu mata lensa dan mula membayangkan apa hasil jika ianya dirakam...dan saya mula nampak apa yang indah dan apa yang tidak...mungkin itu citarasa saya.

Masih agak kabur tapi dah dapat merasakannya sedikit sebanyak. Cuba lihat paparan semula gambar yang dirakamkan dulu yang saya pamerkan semula.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !